Buletin

MMM PANGGIL SEMULA MODEL ASX, OUTLANDER & LANCER UNTUK GANTI CONTROL RELAY – 5,000 UNIT TERJEJAS

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan panggilan semula model Mitsubishi Lancer dan Outlander yang diimport sepenuhnya dari Jepun serta ASX CKD untuk menukar control relay pada enjin kenderaan.

Sebanyak 5,000 unit terjejas.

Model Tahun pengeluaran
SUV kompak ASX Mac 2015 – November 2016
Lancer Sedan Disember 2014 – Februari 2016
Outlander SUV Disember 2015 – Jun 2016

Relay tersebut berfungsi melindungi ECU enjin daripada kenaikan voltan secara tiba-tiba. Sekiranya tidak ditukar, bahagian dalam relay mungkin rosak dan akhirnya memberi kesan fungsi ECU.  

Dalam perkembangan berkaitan, MMM menjalankan kempen panggilan semula untuk menggantikan inflator beg udara penumpang hadapan pada 115 unit Pajero Exceed yang dikilangkan mulai Mac 2010 hingga Julai 2012.   

“Keselamatan sememangnya menjadi keutamaan MMM. Justeru, kami melaksanakan inisiatif ini demi memastikan keselamatan pelanggan. Kami memohon maaf atau apa jua kesulitan berlaku,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

MMM akan menghantar notifikasi kepada semua pelanggan yang terlibat dan kos ditanggung sepenuhnya oleh syarikat.   

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian 1800 18 8161.

Google ads
Back to top button