Buletin

MMM PERKENAL TRITON VGT PREMIUM & ASX ADVENTURE EDISI TERHAD

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan varian baharu Mitsubishi Triton VGT iaitu Mitsubishi Triton VGT AT Premium dan Mitsubishi ASX Adventure edisi terhad.

Triton VGT AT Premium disasarkan untuk mereka yang mahukan sebuah trak pikap mampu milik dan menjalani gaya hidup aktif. Ditawarkan pada harga RM116,300 seunit, ia dipasang dengan rim aloi bersaiz 17 inci rekaan baru, kamera undur dan Sports Bar dan

Manakala varian Triton Adventure X kini ditawarkan pada harga lebih menarik iaitu RM126,990 seunit.

Triton hadir dalam enam varian pada harga berpatutan:

No

Model/Varian

OTR tanpa insurans + GST di Semenanjung Malaysia

Jaminan

1

Triton VGT Adventure X

RM126,990

Semua varian Triton kecuali Triton Quest: Jaminan 5 tahun  atau perbatuan sejauh   200,000km

Triton Quest: Jaminan 5 tahun  atau perbatuan sejauh 100,000km

2

Triton VGT AT Premium (baharu!)

RM116,300

3

Triton VGT AT GL (baharu!)

RM103,800

4

Triton VGT MT

RM107,600

5

Triton MT

RM93,920

6

Triton Quest

RM77,390

Triton merupakan satu-satunya trak pikap yang didaangkan dengan jaminan sejauh 200,00km atau 5 tahun (kecuali varian Quest). 

ASX Adventure Edisi Terhad

Terhad kepada 60 unit sahaja, the ASX Adventure dilengkapi gril hadapan, kemasan bampar belakang, sisi, fender dan rim aloi baharu bersaiz 18 inci.

Pada ruang kabin, crossover ini didatangkan dengan jahitan berwarna biru pada kemasan pintu dan tempat duduk kulit. Ia juga dipasang dengan pedal dan corong pendingin hawa aluminium agar kelihatan lebih sporty. 

ASX Adventure varian 2WD boleh anda miliki pada harga RM123,988 seunit dalam warna biru. Ia hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Google ads
Back to top button