MODEL COUPE LEXUS LC 500

SHARE

Selepas empat tahun model Lexus LF-LC Concept dipertontonkan kepada umum di acara  North American International Auto Show 2012, jentera itu nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.

Lexus-LC-500-mekanika (13)

Terimalah coupe serba mewah, Lexus LC 500! Model yang begitu futuristik itu sebenarnya memberi petunjuk jelas tentang hala tuju jentera masa depan Lexus.

Ia menjadi titik penting dalam pengembangan jenama Lexus ke seluruh dunia. Menerusi Lexus International, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor Corporation, yang juga Ketua Pegawai Penjenamaan Lexus, Akio Toyoda telah meningkatkan kolaborasi di antara pasukan reka bentuk, kejuruteraan dan pemasaran.

Lexus-LC-500-mekanika (14)

Kerjasama itu demi menghasilkan satu jenama mewah yang sesuai dengan kehendak generasi muda.

LC 500 dibina berasaskan kepada reka bentyk LF-LC, sekali gus berkongsi aspek perkadaran, aerodinamik dan dinamik visualnya.

Lexus-LC-500-mekanika (8)

Jentera ini menampilkan bumbung gentian karbon, gril hadapan besar, lampu utama Triple LED dan banyak  lagi. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim tempaan aloi bersaiz 21 inci.

Kabin LC 500 dipengaruhi oleh elemen mewah dan posisi tempat duduk pemandu yang sporty. Kemasan dan tempat duduk pula dibalut kulit Alcantara.

Lexus-LC-500-mekanika (7)

Coupe ini dijana oleh unit enjin V8 bersesaran 5.0 liter, sama seperti yang ada pada model RC-F dan GS F. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 467hp dan tork 527Nm. Kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear automatik 10 kelajuan yang baru dibina.

Lexus-LC-500-mekanika (12)

Dari segi keselamatan pula, LC 500 mengggunakan Lexus Safety System + yang mengintegrasikan beberapa teknologi seperti All-speed Dynamic Radar Cruise Control (All-speed DRCC), Pre-Collision System (PCS), Lane Keep Assist (LKA), Automatic High Beam (AHB) dan banyak lagi.

Share this post

scroll to top