Buletin

MOMO LANCAR RIM HERITAGE – RIM KLASIK UNTUK KERETA MODEN

Pengeluar aksesori terkenal dunia, Momo baru-baru ini mengumumkan bahawa ia bakal melancarkan siri rim aloi baharu.

Rim tersebut diinspirasikan daripada reka bentuk rim singan pertama Momo yang digunakan dalam sukan bermotor sekitar tahun 1980 dan 1990-an. Ia menampilkan rekaan enam jejari rata seperti model asal.

Rim Heritage 6 direka agar dapat dipadankan dengan sistem brek moden. Menggunakan teknologi tempan dua cara, rim itu juga 15 peratus lebih ringan dan teguh berbanding rim konvensional.

Rim Heritage 6 didatangkan dalam saiz 17 dan 18 inci dengan lebar di antara 8 hingga 12 inci. Momo dilapor turut menawarkan rim itu dalam offset dan bolt yang boleh diuah suai di antara 5×100 dan 5×130.

Para pelanggan boleh memilih daripada banyak kemasan seperti matte atau hitam berkilat,, matte atau kelabu (gunmetal) berkilat, gangsa matte, emas matte, putih berkilat, merah Momo dan perak metalik.

“Rim Heritage 6 menyerlahkan aspek penting sejarah perlumbaan kami dan menawarkannya kepada pengguna generasi baru. Ia juga menggabungkan aspek kejuruteraan dan pengilangan terkini,” kata Pengerusi Momo Automotive Group, Henrique Cisneros.

GALERI

Google ads
Back to top button