BuletinMotosikal

MOTOGP ARGENTINA. “MARQUEZ TELAH ROSAKKAN PERLUMBAAN MOTOGP”- ROSSI

Sepanjang beberapa tahun lepas, berlaku beberapa insiden dan kontroversi berhubung pelumba veteran MotoGP Valentino Rossi dan Marc Marquez.

Ia sekali lagi berlaku pada perlumbaan di MotoGP Argentina di mana Marquez benar-benar hilang akal. 

“Beliau telah merosakkan perlumbaan MotoGP,” ujar Rossi setelah tamat perlumbaan.

Insiden pada selekoh ke-13 semalam berlaku di mana Marquez cuba memintas Rossi dari dalam.

BACA: HAFIZH TAMATKAN PERLUMBAAN TEMPAT KE-9!

Pada keadaan litar yang lembap dan basah dan kelajuan tinggi, Marquez dalam satu tindakan berani cuba menyerang sudut selekoh yang terhad dan sebenarnya ia antara selekoh yang berbahaya di litar Termas De Rio Hondo.

Beliau berlaga dengan Rossi dan menyebakan motosikal The Doctor hilang kawalan lalu terbabas di luar selekoh.

“Ini adalah situasi yang teruk. Beliau dah rosakkan sukan ini sebab tak hormat pelumba lain,” ujar Rossi.

“Bila berlumba pada kelajuan 300km/j atas litar, anda perlu hormat pesaing, anda perlu kuat dan pamerkan prestasi maksimum. Tapi dengan berbuat begini, habislah,”

Bukan sahaja Rossi, dalam perlumbaan tadi juga, Marquez juga menghimpit pelumba Aprilia, Aleix Espargaro dengan agresif.

“Dia memang nak anda jatuh. Kalau dilihat apa yang berlaku hari ni, ia boleh berlaku pada semua orang. Anda boleh buat kesilapan sewaktu membrek, anda boleh tersentuh pelumba lain, ini perlumbaan, ia tak boleh dielakkan”

“Tapi apa yang berlaku sepanjang minggu ini, dia membahayakan semua orang. Tengok saja apa yang berlaku pada Maverick Vinales, Andrea Dovizioso. Dia terus menerjah ke empat pelumba sebab dia memang sengaja buat begitu,”

“Ia bukan kesilapan. Sebab dia menuju terus ke bahagian kaki dan motosikal. Sebab dia tahu tak akan menyebabkan kemalangan, tapi sebenarnya dia memang berniat nak buat anda jatuh. Jika anda mula bermain begini, ia sangat bahaya”

“Kalau semua perlumba membuat aksi begini, tak hormat lawan, sukan yang sedia bahaya ni akan berakhir dengan tragedi,”

Pasukan Yamaha mengkritik tindakan Marquez itu dan membuat bantahan. 

Rossi menambah: “Saya takut sebenarnya bila tengok cara Marquez berlumba. Saya risau hari ni bila nampak namanya atas senarai pelumba. Saya fikir bila dia berada berdekatan saya (atas trek), saya perlu berfikir dan berharap agar tak kemalangan.”

 

 

 

Google ads
Back to top button