MOTOGP ARGENTINA: PILIH TAYAR “SLICK” WAKTU KELAYAKAN, MILLER BERTUAH BERMULA DI PETAK PERTAMA!

kredit foto sports okezone

SHARE

Jack Miller dari pasukan Pramac Ducati membuat kejutan pada awal pagi ini dengan mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan yang bakal menentukan petak perlumbaan sebenar.

Litar basah di litar Termas de Rio Hondo menyukarkan setiap pasukan menentukan tetapan tayar pada jentera masing-masing. Namun pasukan Pramac Ducati mengambil keputusan saat-saat akhir menggunakan tayar slick sepenuhnya pada pusingan Q2.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Jack Miller membuat pusingan terpantas dengan catatan 1:47.153 mendahului pelumba Honda, Dani Pedrosa dan pelumba Yamaha Tech3, Johann Zarco untuk menduduki petak pertama.

BACA: HAFIZH SYAHRIN 10 TERPANTAS DALAM UJIAN BEBAS FP3

Marc Marquez akan bermula di petak keenam sementara Jorge Lorenzo hanya berupaya menduduki petak ke 14 setelah bergelut dengan keputusan catatan pada sesi pertama (Q1).

HUJAN TURUN

Hujan mula turun pada sesi ujian bebas terakhir semalam (FP4) namun pada permulaan pusingan kelayakan, litar dilihat mula kering. Kebanyakan pasukan menggunakan tayar basah pada sesi Q1 dan di pertengahan Q2.

Namun Miller, Marquez dan Cal Crutchlow membuat perjudian dengan menggunakan tayar slick seawal pusingan kelayakan sesi kedua (Q2). 

Bagaimanapun, ketika Marquez dan Crutchlow masuk ke pit untuk menukar semula kepada tayar basah selepas pusingan pertama, Miller tidak berganjak lantas meneruskan saingan dengan tayar perlumbaan sepenuhnya.

Taktikal ini berhasil. Beliau merampas kedudukan terpantas pada pusingan kedua terakhir, meninggalkan Pedrosa dengan 0.177 saat dengan catatan akhir  1:47.153.

Kedudukan petak perlumbaan kali ini juga menarik kerana ia dihuni oleh pasukan Avintia Ducati, Tito Rabat di tempat keempat dan pelumba Suzuki, Alex Rins di petak kelima.

Juara MotoGP Qatar Andrea Dovizioso, hanya bermula di tempat ke lapan dan Valentino Rossi di tempat ke 11.

BACA: ROSSI GESA YAMAHA SELESAIKAN MASALAH ELEKTRONIK

Pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin hanya mampu menduduki petak kedua terakhir.

Walaupun bermula baik pada sesi latihan 1 hingga 4 semalam, seakan tiada tuah pula pada pusingan kelayakan. Beliau hanya akan bermula di petak ke 23 pada perlumbaan dengan catatan masa kurang baik, 1:51.142.

Marilah sama-sama doakan yang terbaik buat Pescao55

 

POS PENUNGGANG PASUKAN MOTOR MASA
1 Jack Miller Pramac Ducati Ducati 1m47.153s
2 Dani Pedrosa Honda Honda 0.177s
3 Johann Zarco Tech3 Yamaha Yamaha 0.212s
4 Tito Rabat Avintia Ducati Ducati 0.528s
5 Alex Rins Suzuki Suzuki 0.590s
6 Marc Marquez Honda Honda 0.601s
7 Aleix Espargaro Aprilia Aprilia 0.692s
8 Andrea Dovizioso Ducati Ducati 1.094s
9 Maverick Vinales Yamaha Yamaha 1.891s
10 Cal Crutchlow LCR Honda Honda 2.151s
11 Valentino Rossi Yamaha Yamaha 2.173s
12 Andrea Iannone Suzuki Suzuki 2.822s
13 Karel Abraham Aspar Ducati Ducati 2.725s
14 Jorge Lorenzo Ducati Ducati 2.910s
15 Scott Redding Aprilia Aprilia 3.022s
16 Pol Espargaro KTM KTM 3.171s
17 Xavier Simeon Avintia Ducati Ducati 3.211s
18 Danilo Petrucci Pramac Ducati Ducati 3.296s
19 Alvaro Bautista Aspar Ducati Ducati 3.453s
20 Thomas Luthi MVDS Honda Honda 3.680s
21 Bradley Smith KTM KTM 3.854s
22 Franco Morbidelli MVDS Honda Honda 3.859s
23 Hafizh Syahrin Tech3 Yamaha Yamaha 3.989s
24 Takaaki Nakagami LCR Honda Honda 4.234se

Share this post

scroll to top