MOTOGP: ROSSI MENUNGGU ‘SESUATU’ DALAM SESI UJIAN SETERUSNYA

SHARE

Valentino Rossi menunjukkan sedikit peningkatan di Jerez baru-baru ini tetapi berharap agar Yamaha mampu memberikan update yang lebih baik dalam sesi ujian di Barcelona selepas Le Mans.

Rossi menetapkan sesi ujian di Barcelona pada bulan Mei ini untuk Yamaha melakukan naiktaraf pada jentera M1 mereka untuk mengatasi masalah cengkaman yang menghantui Rossi. Ia sekaligus menyaksikan Rossi hanya mampu mencatatkan masa ke-10 terbaik di Jerez baru-baru ini.

Juara dunia sembilan kali itu mempunyai pelbagai komponen baru untuk diuji antaranya termasuklah casis baru untuk memberikan cengkaman lebih baik.

Rossi melemparkan kata-kata yang dikatakan agak keras kepada pengeluar dari Jepun itu Ahad lepas agar melakukan sesuatu dan segera menaiktaraf pakej elektronik M1. Beliau mengaku yang kata-kata tersebut agak kasar tetapi ianya untuk mendorong bos-bos Yamaha agar melakukan sesuatu selepas persembahan yang agak hambar Yamaha baru-baru ini.

Para penunggang ujian Yamaha kini berada di Mugello untuk sesi ujian tetapi Rossi memberikan komen yang perlunya proses naiktaraf untuk mengubah nasib Yamaha dalam perlumbaan.

BACA: BOS YAMAHA AKUI MOTOSIKAL ZARCO SAMA DENGAN ROSSI DAN VINALES

Banyak perkara harus dilakukan sambung beliau. Ia merupakan satu sesi ujian yang baik di mana kami sentiasa mencuba pendekatan yang berbeza walau sekecil mana sekalipun. Ia cukup penting dan peningkatan berjaya dilakukan walaupun kecil. Tapi sesi ujian seterusnya juga tidak kurang pentingnya. Secara jujur Rossi sendiri tidak berharap akan berlaku peningkatan yang ketara.

Jadi adakah proses naiktaraf  elektronik akan berjaya dilakukan selepas Barcelona? Itulah yang diharapkan Rossi tetapi beliau sendiri pun tidak berani memberikan jaminan. Apatah lagi selepas Barcelona, sesi ujian seterusnya ialah di Brno yang memang lambat lagi pun.

Ketika ditanya sama ada kritikan beliau memberikan hasil yang diharapkan Rossi menjawab yang  beliau memang banyak bercakap tetapi bukannya luahan kemarahan. Ianya sekadar untuk memberikan motivasi dan cadangan kepada pihak terlibat akan melakukan sesuatu yang lebih baik.

Mengenai Yamaha, Rossi menyatakan yang beliau menaruh kepercayaan penuh kepada Yamaha dan ujian ini merupakan cukup penting kerana ia akan memberi kesan pada bulan-bulan akan datang.

Rossi juga bersetuju yang beliau sudah pun kesuntukan masa untuk mengejar kejuaraan ke sepuluh dan beliau juga sebenarnya dalam keadaan cukup terdesak dan bukannya seperti Yamaha. Yamaha mungkin akan terus berlumba 100 tahun lagi jika dunia belum kiamat tetapi masa Rossi sudah semakin suntuk. Takkan  dah masuk usia warga emas nak berlumba lagi kan?

Share this post

scroll to top