MOTOGP SEPANYOL: BERMULA DI PETAK 22, HAFIZH AKUI, IA CABARAN YANG SUKAR

SHARE

Sesi kelayakan yang berakhir semalam di Litar Jerez, Sepanyol menyaksikan susunan petak perlumbaan yang agak berbeza dari sebelum ini. Dominasi pasukan “utama” dipecahkan menerusi kehadiran dua pasukan satelit di tiga petak teratas.

Carl Crutchlow dari pasukan LCR Honda Castrol mendahului pelumba lain dengan catatan 1’37.653, sekaligus membolehkan beliau mendahului petak perlumbaan pertama pada perlumbaan utama yang dijadual berlangsung petang ini waktu tempatan.

Dani Pedorsa dari Repsol Honda di petak kedua dan rakan perlumbaan Hafizh, Zarco dari Yamaha Tech3 di petak kedua.

Malang buat Hafizh Syahrin yang masih lagi bergelut dengan kecederaan kecil yang dialaminya sewaktu berbasikal Isnin lalu. Pada pusingan ujian bebas semalam juga beliau masih tidak dapat memberi konsentrasi 100 peratus, biarpun dengan keadaan jentera yang cukup bagus.

Hafizh menamatkan pusingan kelayakan dengan catatan masa 1’39.135 sekaligus meletakkan posisi petak perlumbaan ke 22, jauh di belakang.

“Sepanjang pusingan kelayakan, saya berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki catatan masa. Dengan kecederaan yang belum pulih sepenuhnya, ia sedikit sukar tapi saya telah tumpukan sepenuh jiwa dan meletakkan apa yang kami ada untuk posisi ini.

”Saya akui kedudukan ini cukup jauh (P22), tapi kita akan lihat apa yang berlaku esok.

“Saya berharap saya boleh mengekalkan konsistensi untuk semua 25 pusingan. Anda tidak tahu apa yang boleh berlaku semasa perlumbaan.

“Saya akan cuba yang terbaik dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya, kerana mereka sentiasa mencuba sesuatu dan mencari arah yang yang positif. Saya juga berasa sedikit kecewa untuk mereka kerana badan saya tidak berasa begitu baik, tetapi saya cuba pulih secepat mungkin dan bersiap sedia untuk perlumbaan. ”

Perlumbaan MotoGP akan berlangsung petang ini waktu Sepanyol atau 8.00 malam waktu Malaysia. 

Kita sedari dengan kondisi Hafizh, ia satu kedudukan yang agak sukar. 

Namun yang demikian, kita masih mengharapkan keajaiban berlaku sepertimana di Argentina. Hafizh bermula di petak ke 23 tetapi menghabiskan perlumbaan di tangga ke 9. Ia merupakan pencapaian terbaik beliau setakat ini. 

Share this post

scroll to top