BuletinMotosikal

MOTORHOME IDAMAN MAT MOTOR – TERIMA KASIH CITROEN

Citroen baru sahaja melancarkan kenderaan rekreasi campervan yang Type H WildCamp. Buat julung kalinya, model ini dipasarkan khusus untuk peminat motosikal yang gemar berkhemah.

Ia didatangkan dengan pelantar landasan khusus untuk motosikal yang dikenali sebagai he Jumper Bike Solution.

BACA: CAMPSITE PERTAMA DI PONTIAN, JOHOR

Diasaskan daripada model retro Type H WildCamp, Jumper adalah model yang cukup besar, luas dan dilengkapi peralatan berkhemah yang boleh memuatkan empat orang dewasa tidur. Dalam masa yang sama boleh menyimpan dua buah motosikal berkuasa tinggi bersaiz sederhana.

Jumper juga dilengkapi peralatan memasak yang cukup sementara bahagian bumbung yang tinggi menghasilkan ruang kepala yang cukup selesa untuk menempatkan dua orang dewasa tidur. Sepasang tempat tidur lagi terletak di bahagian kabin yang boleh diubahsuai kedudukannya.

BACA: CAMPERVAN KEI CAR DI JEPUN

Bukan itu sahaja, campervan ini juga ada banyak ruang simpanan dan peralatan dan ia dijangka akan menarik pembeli Eropah yang gemar mengembara merentasi negeri.

Camper ini digerakkan oleh enjin disel dengan 157 kuas kuda. Harga jualannya ialah sekitar RM200,000.

Tapi sebelum cukai lah.

Kalau masuk Malaysia sah sah lah harga arwah.

GALERI

Google ads
Back to top button