Buletin

MPV PROTON ERTIGA, BAKAL DILANCAR OKTOBER?

Industri automotif Malaysia tahun ini kelihatan rancak di kalangan pemain industri tempatan. Ketika Perodua Bezza diperkenalkan di pasaran, Proton tidak mahu ketinggalan, mereka bakal tampil dengan gantian Persona yang khabarnya akan diperkenalkan seawal Ogos nanti.

Proton Ertiga  (2)

Sudah tentu, sebagai langkah mengejar semula pasaran yang hilang, Proton gigih mempelbagaikan produk untuk menarik semula pembeli mereka. Terbaru, Proton akan memperkenalkan mini MPV mereka selepas menandatangani persefahaman dengan Suzuki Motor Corporation pada Jun tahun lalu.

Suzuki Ertiga adalah model asas MPV yang akan digunakan sebagai platform. Ia akan dieksport dari Kilang Suzuki Indomobil Sales (SIS) dari Cikarang, Jawa Barat Indonesia seperti yang dilaporkan oleh media otomotif.kompas dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober akan datang.

Proton Ertiga  (3)

Menurut sumber yang sama juga, sebanyak 1,500 akan dieksport bagi memenuhi permintaan Proton yang mana dijangkakan akan memberi saingan baru pada segmentasi MPV 7 tempat duduk dari ‘abangnya’ Exora. Untuk rekod, Exora telah berada di pasaran sejak 2009.

Proton Ertiga  (1)

Kerjasama begini dilihat sangat penting untuk memastikan Proton sentiasa berdaya saing dalam mempelbagaikan produk mereka. Kebergantungan pada kepakaran Suzuki membolehkan produk ‘niche’ dihasilkan dengan kos yang minimum.

Mungkin Proton boleh fokus pada kereta sports atau SUV misalnya? Apa kata anda?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button