BuletinMotosikal

MV AGUSTA BRUTALE EDISI KHAS TERBARU – DRAGSTER 800 RR PIRELLI

Walaupun motornya tidak berapa nak laku, tetapi MV Agusta adalah antara jenama yang kerap menghasilkan model kerjasama dengan jenama dan syarikat lain. Ini pula yang terbaru, Brutale 800 bersama syarikat tayar Pirelli.

Kedua-dua gergasi Itali itu telah bekerjasama untuk merangka edisi terhad Brutale, yang dikenali sebagai Dragster 800 RR Pirelli. Ia dibina berdasarkan model Brutale 800 RR, Dragster.

BACA: DRAGSTER EDISI LEWIS HAMILTON

Model ini boleh didapati dalam tema hitam matte dengan aksen kuning kontras atau skim warna perak, hitam dan biru yang membezakan dengan kerangka trellis. Ia juga menerima pelana khas yang ‘ditandatangani’ Pirelli Design dengan bahan-bahan yang berbeza dan jahitan sepadan badan serta reka bentuk kilat. Ia diilhamkan menerusi bentuk ‘bunga’ tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP.

BACA: BRUTALE VERSI BRUTAL YANG MEMANG BRUTAL!

The Dragster juga merupakan evolusi edisi khas MV Agusta 800 RR yang menggabungkan satu ciri yang sangat khusus dan unik: getah. Malah, slider tangki Dragster dan fairing menyepadukan formula getah yang dibangunkan khas yang tahan calar.

Tip ekzos tiga corong trademark Brutale juga diliputi dalam salutan seramik yang mampu bertahan terhadap suhu tinggi.

GALERI

 

 

Google ads
Back to top button