BuletinMotosikal

MV AGUSTA KINI DIEDARKAN OLEH DEMAK

MV AGUSTA bakal membuat kemunculan semula di Malaysia menerusi satu perjanjian baru yang ditandatangani semalam. Lebih menarik lagi, motosikal jenama Itali ini akan dipasang di sini dan diedarkan oleh pemilik baru DNC Asiatic menerusi anak syarikatnya Moto Varese Asiatic.

Tak kenal? Kalau…Demak Motor?

Ya. DNC Asiatic Holdings adalah syarikat induk bagi pengeluar motosikal Demak Motor. Mereka diberi kepercayaan memegang jenama MV Agusta. Bukan itu sahaja, demi menjadikannya lebih berdaya saing dari sudut harga, motosikal MV Agusta akan dipasangkan di kilang DNC Asiatic di Olak Lempit, Selangor.

BACA – MV AGUSTA AMG SOLARBEAM

BACA – DEMAK PERKENAL 4 MOTOR BARU DI JERMAN

Pirelli-MV-Agusta-Diablo-Brutale-mekanika (2)

Majlis menandatangani perjanjian ini disempurnakan semalam oleh wakil syarikat masing-masing. Pengarah eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd diwakili Ms Hu Ying, Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd, Encik Zamry Abu Samah dan pengurus Pemasaran Wilayah Timur MV Agusta Motor SpA, Encik Judah Sangaran.

Moto Varese Asiatic Sdn Bhd dilantik sebagai anak syarikat DNC Asiatic Holdings, khusus memberi fokus terhadap jenama ini. Sebenarnya, Motor MV Agusta moden sangat cantik dan berkualiti, cuma ia perlukan pengedar dan pemegang jenama yang bagus bagi memastikannya berdaya saing dalam pasaran tempatan.

mv-agusta-turismo-veloce-800-mekanika (20)

Peringkat awal ini bakal menyaksikan 3 model awal yang akan dipasang dan dijual di bawah Moto Varese Asiatic iaitu Brutale 800, Brutale 1090 dan Turismo Veloce. Untuk menyokong aktiviti ini, satu pusat pameran dan servis yang komprehensif akan dibuka di Batu Caves Selangor.

Dua buah pusat pameran dan jualan akan dibuka sebagai pelan sebelum penghujung tahun 2017. Ditanya mengenai insentif penurunan harga hasil pemasangan tempatan, Encik Judah Sangaran tidak menafikan akan ada penurunan harga dan MV Agusta akan lebih kompetitif.

Kalau boleh dapat F4RC harga Panigale pekak pun menarik juga kan?

 

 

Google ads
Back to top button