Buletin

NAK BELI FORD GT? DAFTAR DULU!

Pelanggan yang ingin memiliki supercar berprestasi ultra tinggi Ford GT kini sudah menghantar permohonan mereka mulai hari ini.

Permohonan itu boleh dibuat menerusi laman web FordGT.com untuk mendapatkan salah sebuah daripada 500 unit yang akan dihasilkan dalam tempoh dua tahun.

Jika diterima, pelanggan akan dihubungi oleh Concierge Service Ford GT yang menawarkan pengalaman pembelian dan pemilikan Ford GT kelas pertama.

Laman web itu juga menyediakan satu ciri configurator yang membolehkan pengunjung membina GT secara maya. Anda boleh menggabungkan kombinasi warna, rekaan rim dan tema ruang dalaman mengikut imaginasi sendiri.

Untuk produksi, lapan warna boleh dipadankan dengan salah satu daripada tujuh warna jalur yang disediakan.

Harga Ford GT dijangka bermula AS$400,000 (RM1.6 juta), tidak termasuk kos penghantaran. Ford GT ialah kenderaan produksi Ford yang pling canggih setakat ini. Jentera ringan itu dikuasakan oleh enjin EcoBoost® termaju.

Permohonan untuk pusingan pertama akan ditutup pada 12 Mei depan. Ada minat?

Google ads
Back to top button