NAK BELI VW SCIROCCO? NAH BACA APA KATA PAKAR TENTANG KOS PENJAGAANNYA

SHARE

Dalam banyak-banyak Volkswagen hatchback, Scirocco mungkin kereta yang jadi idaman ramai orang. Rekabentuknya sangat lain, ia gabungan seksi dan macho. Bukan itu sahaja, kereta-kereta Volkswagen terkenal dengan pengendalian yang mantap dan enjin yang bertenaga walaupun kecil. 

Di sini, kami kongsikan tips dan informasi mengenai MK6 1.4 TSi yang diterbitkan oleh RTechnik, sebuah bengkel pakar membaiki kereta-kereta conti yang terletak di Johor Bahru.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

…………………………………………………………………………………………………………………………….

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Atas permintaan ramai. Hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan Volkswagen Golf Scirocco. Kenderaan ini sangat popular di Malaysia kerana rekaannya yang menarik dan juga mempunyai enjin yang berkuasa.

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

– Dilahirkan pada tahun 2008
– Mempunyai enjin bersesaran 1,390cc dengan kod CAVD bagi pasaran Malaysia(161hp)
– Mempunyai enjin bersesaran 1,984cc dengan kod EA888 bagi Model 2.0TSI(208hp).
– Mempunyai enjin bersesaran 1,984cc dengan kod EA113 bagi Model R(261hp)
– Direka oleh Mr. Walter de’Silva. Banyak model yang mamat ni reka untuk Syarikat VAG.
– Produksi untuk kenderaan ini bermula dari tahun 2008 dan ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2017
– Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem transmisi 7-Speed DSG berkod 0AM bagi model 1.4 TSI.
– Sistem Transmisi DSG 6-Speed Wet Clutch berkod 02E digunakan pada Model 2.0TSI dan R.

*****************************************************

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

🛠SERVIS

🔧Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 3.6 Liter bagi model 1.4 TSI dan 4.6 Liter bagi model 2.0 TSI dan R. Kelikatan minyak enjin yang disarankan adalah 5W-40 dan 5W-30 Fully Synthetic. Harga bagi setiap kali servis adalah dalah lingkungan RM350-RM450.

🔧Transmission Service Package (1.4 TSI)
Sistem Transmisi kenderaan ini terbahagi kepada dua. Dimana ianya merangkumi penukaran minyak unit Mechatronic dan juga minyak gear itu sendiri. Kapasiti minyak unit Mechatronic yang digunakan ialah 1 Liter dan minyak gear pula adalah 1.7Liter. Kosnya pula adalah dalam lingkungan RM350-RM450.

🔧Transmission Service Package (2.0 TSI & R)
Bagi model ini, ianya menggunakan sistem transmisi DSG 6-speed wet clutch 02E. Jadi, kos untuk menyelenggara sistem ini juga adalah berbeza dari model 0AM. Service Kit untuk model ini merangkumi :-
DSG Fluid
DSG Filter
DSG Filter O-Ring
Labour
Kos adalah dalam lingkungan RM800-RM900.

🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS

Untuk bab ini, ada perbezaan common wear & tear part bagi model 1.4 TSI, 2.0 TSI dan juga R. Jadi, anda mesti tahu model kenderaan anda yang mana satu dan tidak “misjudge” serta “assume” yang kos penyelenggaraan ketiga-tiga model ini adalah sama.

Baiklah, kita mulakan.

🔧Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Sama ada tulen, OEM atau high temp pad. Terpulang pada empunya badan. Kos adalah dalam lingkungan RM280-RM650. Bagi model R pula, kosnya adalah dalam lingkungan RM650-RM850.

🔧Rear Brake Pad
Naratif yang sama seperti pad brek depan. Kos dalam lingkungan RM210-RM600

🔧Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM600-RM2,600 bagi keempat-empat unit brake rotor.

🔧Clutch (1.4 TSI)(0AM DQ200)
Unit transmisi kenderaan ini berkod 0AM yang membawa maksud 7-Speed DSG Dry Clutch. Clutch merupakan alat yang menghubungkan kuasa dari enjin lalu ke gearbox. Tanpanya tak bergeraklah kenderaan anda. Unit clutch adalah satu benda yang akan habis walau macam mana anda memandu dengan cermat sekalipun. Jadi, bagi pengguna kenderaan ini, ingat, clutch akan tetap habis dan perlu ditukar bila sampai waktunya. Kos untuk menukar unit clutch ini dalam lingkungan RM3,900-RM4,500.

🔧Clutch (2.0 TSI & R)(02E DQ250)
Seperti yang saya terangkan diatas, sistem transmisi ini menggunakan “wet clutch” dan tidak sama seperti “dry clutch” pada sistem 0AM 7-Speed. Walaubagaimana pun, kalau dah nama clutch, lambat laun ia akan habis juga. Sama ada habis, atau terbakar “burnt”. Kos untuk menukar set clutch adalah dalam lingkungan RM2,500-RM4,000.
Ada juga performance upgrade untuk unit clutch model ini. Saya ada pengalaman pasang Dodson VW02ECSKPLUS. Harga ? RM32,000. HAHA. Track car apedehal. Oh ya, lupa nak mention, kalau korang tune kereta hingga melebih-lebih horsepowernya dan torque, clutch mungkin akan slip dan membuatkan kuasa tidak dapat dilepaskan dengan sempurna. Untuk model 02E ini, ianya dapat menampung sehingga 350Nm Torque. Lebih dari itu ? Boleh keluar duit lagi.

BACA: FAKTA PENJAGAAN SEBUAH NISSAN GT-R

🔧Mechatronic(1.4 TSI)
Dengar je perkataan ni, meremang bulu-bulu pengguna VW. Haha. Sama macam unit clutch, akan kena juga. Sooner or later only. Hal ini terjadi kerana apabila sampai waktunya, filter didalam unit mechatronic ini akan tersumbat/clogged dimana minyak hidraulik tidak dapat melaluinya. Jadi, apabila perkara ini berlaku, solenoid pada unit mechatronic tidak mampu menggerakkan gear selector dan boom. Ur car can’t move. Pernah beberapa kali terjadi unit mechatronic meletup akibat tekanan yang terlalu tinggi didalam sistem bila filter tersumbat. Jadi, kepada para mekanik, pakai PPE yang sepatutnya bila berhadapan dengan keadaan seperti ini. Kos untuk menukar unit mechatronic ini adalah dalam lingkungan RM3,000-RM4,000 bagi unit recond. RM7,000-9,000 bagi unit baru(genuine).

🔧Tayar
Hahaha, banyak dan pakai sportrim susah aku nak agak. Alah, mcm tak biasa pula korang. Aku mana pernah bagi harga tayar. Bab ni pergi usha sendiri

🔧Timing Belt (Scirocco R EA113)
Untuk model enjin ini, ianya berbeza dari model 1.4 dan 2.0 yang menggunakan Timing Chain. Oh ya, model enjin EA113 ini turut digunakan pada Golf GTi MK5, Golf MK6R dan Scirocco R. Sela masa penukaran timing belt ini adalah setiap 100,000km(recommended). Adalah lebih baik jika unit camshaft oil seal, crankshaft oil seal dan waterpump ditukar sekali. Jadi dapat jimat kos upah. Lagipun untuk kereta anda juga, bukan orang lain.
Kos adalah dalam lingkungan RM1,700-RM2,500.

🔧Belt
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM120-RM170

🔧Spark Plug
Ketiga-tiga model ini mempunyai enjin 4 silinder, jadi hanya 4 biji spark plug yang diperlukan. Kos adalah dalam lingkungan RM350-450

🔧Ignition Coil
Masalah coil ni sangat common bagi barisan model VW. Kos adalah dalam lingkungan RM170-RM200 bagi setiap unit coil. Boleh juga masuk R8 coil pack, harga dalam lingkungan RM190-RM250 bagi setiap unit coil.

🔧Roof Lining
Bab ni kelakar ada, sedih pun ada. Haha. Banyak dah kes roof lining jatuh. Tapi takpe, masalah ni boleh diselesaikan dengan pergi ke kedai “leather/upholstery” berdekatan anda. Takpun minta geng-geng buat sunroof tolong setelkan, mereka pakar. Harga, bab ni tanya mereka sendiri. Haha

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari.

Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya.

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd

BACA: FAKTA PENJAGAAN VW GOLF 1.4Tsi

Share this post

scroll to top