NASIM LANCAR PEUGEOT 208 & 2008 PURETECH

SHARE

Selepas melakukan prebiu bulan lalu, Nasim hari ini melancarkan dua model pertama mereka untuk tahun 2017 menerusi 208 dan SUV kompak 2008 Puretech.

208 ditawarkan pada harga RM89,888 seunit. Manakala 2008 pula berharga RM109,888 seunit, termasuk jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 120,000km. Jika berminat, sila beli cepat kerana Nasim menawarkan tiga tahun servis percuma kepada 100 unit pertama sahaja.

peugeot-puretech-mekanika-2

Sebagaimana sedia maklum, kedua-dua model facelift ini menerima penambahbaikan yang sangat ketara. Apa lagi kalau bukan penggunaan enjin turbo baharu bersesaran 1.2 liter. Enjin kecil yang sangat efisien itu mampu menjana kuasa 112PS dan tork 2015 pada putaran enjin serendah 1,500rpm.

BACA: NASIM PREBIU 208 & 2008 – DIPASARKAN AWAL TAHUN DEPAN

BACA: PANDU UJI – PEUGEOT 408 e-THP, GABUNGAN EMOSI & KUASA 

Lebih menarik lagi, enjin yang dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan dan ciri Quickshift baharu itu dikatakan mampu mencatat jarak perbatuan sejauh 1,190km dengan satu tangki (4.2 liter untuk setiap 100km).

peugeot-puretech-mekanika-3

Selain enjin dan transmisi, perubahan boleh dilihat pada aspek estetik untuk bahagian luaran dan dalamannya.

Jentera yang mendapat status Fuel Efficient Vehicle (FEV) itu akan bersaing dengan model segmen B yang lain seperti Honda Jazz, Honda HR-V, Mazda2 hatchback, Mazda3 dan banyak lagi.

peugeot-puretech-mekanika-5

Menyentuh tentang varian GTI, Nasim tidak menolak akan memperkenalkan model berprestasi tinggi itu pada masa akan datang. Nasim juga menyatakan bahawa ia telah menjual semua unit 208 GTI generasi sebelumnya.

Nasim mensasarkan untuk menjual 2,500 unit 208 dan 2008 pada tahun ini.

(Visited 28 times, 1 visits today)

Share this post

scroll to top