Buletin

NASIM LANCAR PEUGEOT SEREMBAN – LIBATKAN PELABURAN SEBANYAK RM2 JUTA

Dalam usaha mengembangkan rangkaian pengedar ke seluruh negara, Nasim Sdn Bhd (Nasim) melancarkan pusat 3S terbaharunya di Seremban, Negeri Sembilan.

Hasil kerjasama dengan pihak MN Otomobil Sdn. Bhd., Peugeot Seremban memiliki keluasan 10,000 kaki persegi. Dibina dengan kos mencecah RM 2 juta, ia dilengkapi sebuah lounge untuk pelanggan, perkhidmatan wi-fi percuma dan enam ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 24 buah kenderaan sehari. 

Pusat 3S itu akan memberi khidmat kepada pelanggan di Seremban serta kawasan sekitarnya termasuklah Rasah, Lobak, Senawang, Oakland, Nilai, Pajam, Labu dan Mantin.

Dengan penambahan pusat 3 S ini dan pengenalan beberapa model baharu, Nasim mahu meningkatkan jualan pada tahun 2017. Sehingga kini, Nasim telah mencapai 75 peratus sasaran jualan 2017 iaitu sebanyak 1,800 unit.

Nasim percaya model terbaharu, SUV Peugeot 3008 penting dalam pertambahan jualan kerana ia sudahpun menerima lebih 350 tempahan sejak diperkenalkan pada awal Sptember lalu. 

Pusat 3 S itu terletak di No.29, Persiaran Industri Galla 1, Taman Perindustrian Galla, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Ia dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi – 5.00 petang, Isnin hingga Sabtu. Waktu operasi pada Ahad dan cuti umum ialah 10am – 4pm.

Manakala waktu servis pula ialah Isnin hingga Sabtu, 8.30am – 5pm.

Google ads
Back to top button