Naza Dilantik Pengedar Eksklusif Citroen

SHARE

Naza Euro Motors jadi pengedar eksklusif kenderaan jenama Citroën di Malaysia bermula 1 Januari 2013. 

Automobiles Citroën telah melantik Naza Euro Motors, anak syarikat Kumpulan Naza sebagai pengedar rasmi kenderaan jenama Citroën di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2013.

“Pelantikan ini merupakan satu lagi pencapaian buat Kumpulan Naza. Citroën memiliki banyak warisan dalam aspek inovasi dan teknologi automotif. Kami bangga untuk mewakili jenama yang cukup bersejarah dan berprestij ini.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

“Naza Euro Motors percaya wujud permintaan terhadap produk Citroën di Malaysia. Melalui strategi yang betul, kami yakin mampu menyerlahkan potensi sebenar jenama Citroën di pasaran ini,” kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Naza Euro Motors akan melancarkan sebuah pusat 3S Citroën di Lembah Klang menjelang akhir Februari 2013. Ia turut merancang untuk membuka pusat-pusat 3S baharu Citroën di wilayah utara dan selatan untuk bulan-bulan akan datang.

Syarikat itu juga akan melancarkan satu pusat panggilan buat pelanggan sedia ada dan baharu Citroën. Nombor pusat tersebut ialah:  1-800-222-808.

Selari dengan pelantikan itu, Naza Euro Motor bakal memperkenalkan beberapa model Citroën yang menarik ke pasaran tempatan. Satu laman web rasmi Citroën akan dilancarkan pada bulan depan.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top