Buletin

NAZA WORLD CARES SUMBANG RM400,000

Demi meringankan beban mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur, Naza World telah menyumbangkan bekalan makanan dan barangan bernilai RM400,000.  

Naza-world-cares-mekanika (9)

Sumbangan tersebut dibuat menerusi NAZA World Cares yang merupakan sayap CSR Naza World. Ia dianggotai oleh para sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan Naza dan Kumpulan Eftra.

Pada Rabu lalu, seramai 50 sukarelawan menaiki 12 buah Chevrolet Colorado, Captiva dan lima buah lori menuju ke kawasan-kawasan terjejas. Bekalan bantuan itu kemudian disalurkan kepada 1,500 buah keluarga (kira-kira 7,500 orang mangsa) di Kuantan dan Kuala Krai.

Naza-world-cares-mekanika (12)

Selain penghantaran barangan bantuan, NAZA World Cares turut menganjurkan program kedua selepas banjir surut untuk membantu proses pembersihan dan membina semula kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.

“Kami rasa perlu memainkan peranan untuk kembali menyumbang kepada masyarakat,” kata Ketua NAZA World Cares, Ananthan M. Raman.

Naza-world-cares-mekanika (7)

Ini merupakan program ketiga yang dilaksanakan oleh pihak NAZA World Cares. Sebelum ini, ia terlibat dalam misi bantuan di Kuala Lipis dan membantu mangsa banjir kilat yang berlaku di Cameron Highlands dengan menyumbang peralatan-peralatan elektrik.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button