NEGARA MANA TAWARKAN INSENTIF PALING MEWAH UNTUK PEMILIK KENDERAAN EV? – SEMESTINYA DUBAI

SHARE

Kerajaan Dubai baru sahaja mengumumkan pelbagai insentif yang diharapkan dapat menarik minat warganya untuk memiliki kenderaan elektrik.

Hujung minggu ini sahaja Road and Transport Authority (RTA) dan Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) telah mengumumkan pelbagai insentif untuk pemilik kenderaan elektrik antaranya ialah bayaran pendaftaran percuma dan tempat parkir percuma di bahagian pusat bandar.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Malah RTA turut  mengumumkan yang kenderaan EV dikecualikan daripada yuran pendaftaran dan yuran pembaharuan (cukai jalan), mereka juga akan turut diberikan Salik Tag secara percuma (pas khusus untuk menggunakan lebuh raya di Dubai). Selain daripada itu, kenderaan EV juga akan diberikan nombor pendaftaran khas dan akses kepada lebih 40 tempat pakir percuma di seluruh bandaraya.

BACA: MITSUBISHI BAKAL PERKENAL EVO BARU?

Tak cukup lagi? DEWA pula akan memberi kebenaran kepada pemilik untuk menggunakan perkhidmatan lebih 100 stesen pengecas di seluruh Dubai secara percuma sehinggalah penghujung tahun 2019 (lebih dua tahun lagi tu).

Menurut CEO DEWA, langkah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan warga Dubai membeli kenderaan elektrik di masa kan datang. Mereka juga berhasrat meningkatkan lagi jumlah kereta elektrik di jalan-jalan raya Dubai.

Bagi kami ia agak sukar di capai kerana seluruh dunia tahu yang warga Dubai mempunyai kuasa beli antara yang tertinggi di dunia. Bagi mereka yang berduit dan tidak habis digunakan sampai lapan keturunan, perkataan ‘berjimat’ tidak wujud dalam kamus hidup mereka. Kalau supercar seperti Lamborghini dan Ferrari Enzo pun boleh dibiarkan dilitupi pasir bila rosak, apa sangat la diorang nak hairan dengan kos pakir dan beberapa yuran sampingan lain.

Namun begitu kami berpendapat langkah ini wajar diikuit oleh kerajaan negara lain khususnya Malaysia. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, insentif sebegini merupakan satu rahmat yang tiada duanya.

Buat masa ini hanya terdapat 800 unit sahaja kenderaan lektrik di Dubai dan mereka berharap untuk meningkatkan jumlah kepada dua peratus daripada jumlah kenderaan di Dubai menjelang tahun 2020. Sasaran itu dinaikkan kepada 10 menjelang tahun 2030.

Share this post

scroll to top