Buletin

NIKMATI TAWARAN HEBAT DENGAN EXPLORE & EXPERIENCE FORD RANGER

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan “Pameran Bergerak Explore & Experience Ford Ranger” yang akan berlangsung pada Februari hingga Mac.

Berlangsung di bilik-bilik pameran yang mengambil bahagian, para pengunjung berpeluang meneroka serta mengalami sendiri teknologi pintar dan keselamatan yang meletakkan Ranger sebagai penanda aras industri dan memenangi pelbagai anugerah.

Selain pelung menikmati promosi menarik untuk model terpilih Ford, pameran bergerak itu juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga. Antaranya ialah permainan plinko, itik getah dan sudut mewarna untuk kanak kanak.

Pengunjung yang menyertai pandu uji di sana berpeluang memasuki terowong angin untuk memenangi barangan menarik dan eksklusif Ford.

Didapati di Malaysia dalam sembilan varian, Ranger Wildtrak dari siri premium, Ranger XLT+, XLT, XL dan Ranger Raptor yang direka khusus untuk pemanduan lasak berkelajuan tinggi.

Trak pikap moden Ford dilengkapi ciri-ciri terkini seperti enjin diesel 2-0 liter Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan (varian terpilih) untuk mendapatkan  prestasi, tindak balas luar biasa dan penjimatan bahan api.

Tarikh dan lokasi Ford Ranger Explore & Experience adalah seperti berikut:

Google ads
Back to top button