Buletin

NISMO FESTIVAL – INILAH KARNIVAL NISSAN PALING MERIAH DI BUMI (ADA SERIBU GT-R!)

20 tahun lalu satu pameran khusus untuk kereta Nissan telah diadakan di Jepun. Asalnya, ia adalah karnival skala kecil yang dianjurkan oleh sayap pembangunan Nissan-Nismo khas untuk pemilik kereta sukan Nissan.

Mereka berkumpul di litar Fuji. Kemudian, program ini mula berkembang. Ada acara perlumbaan kereta moden, ada perlumbaan kereta klasik Nissan, ada pameran, ada gerai jualan dan ada juga kereta mainan yang dijual, dikongsi sesama peminat.

BACA: HARI 86 DI DAIKOKU

Pendek kata, ia adalah tipikal perhimpunan kereta satu jenis di Jepun yang sering diadakan. Misalnya, pemilik Toyota AE86 ada “AE86 days”, pemilik Mazda RX7 ada “RX-7 Days” dan juga acara-acara seperti HKS Days dan macam-macam lagi.

Namun Nismo Festival adalah yang paling konsisten. Ia dijalankan secara tetap setiap tahun menjelang masuk musim sejuk. Ini pula ialah karnival kali ke 20 yang diadakan di Litar Fuji. Ia berjaya menghimpunkan lebih 28,000 peminat seluruh negara Jepun.

Dalam acara ini juga ada pelrumbaan yang disertai oleh kereta-kereta Super GT, Super Taikyu, Siri GT Eropah dan paling unik untuk tahun ini ialah “Herritage Run”.

Apa tu?

Ia menampilkan himpunan 16 buah Nissan GT-R yang bermula dari model-model asal Hakosuka. Kemudian ada kereta lumba spesifikasi GTR Group A, GT-R yang bertanding dalam Le Mans pada 1995 dan 1996, GT-R dari kejuaraan FIA GTI World Championship 2011.
 
 
Kemudian ada acara trek lagi dianggotai oleh kereta-kereta siri Z yang dikenali dengan nama “Z-Challenge”
 
Kereta-kereta jalanan juga berpeluang untuk menikmati NIsmo Festival di dalam trek Fuji ini. Dianggarkan lebih 150 buah kereta mengambil bahagian.
 
Dan ia memang satu acara yang menarik dan Abang Japar mesti pergi tahun depan!
 

 

 

Google ads
Back to top button