NISSAN AKAN HASILKAN SEMULA ALATGANTI SKYLINE GT-R R-33 DAN R-34

SHARE

Sebenarnya, ia adalah satu usaha sukar untuk menghasilkan semula alatganti kereta yang lebih 20 tahun dalam pasaran. Inventori alatganti samada dibina sendiri atau pengeluar atau vendor mereka lazimnya sudah lama habis. Salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan membuat semula acuan dari awal dan mengeluarkannya dalam jumlah yang besar bagi membolehkannya balik modal.

Tapi Bagi Nissan, kesetiaan pemilik Nissan Skyline GT-R merentasi aspek skala perniagaan. Terbaru, mereka umumkan untuk hasilkan semula alatganti asli untuk Skyline GTR model R33 dan R34. Ia susulan penghasilan semula alatganti bagi model R32 yang dibuat tahun lepas.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BACA: NISSAN KELUARKAN SEMULA ALATGANTI SKYLINE R32

Ia dihasilkan oleh divisyen di bawah pengurusan NISMO yang dikenali sebagai Heritage Parts dalam kempen Herritage Parts Program.

Sama seperti senaraian alatganti R32 yang dibuat sedikit demi sedikit, model R33 dan R34 juga dijalankan menerusi cara yang sama.

Bagi peringkat awal, Nissan mengeluarkan peralatan gantian pada sistem brek, perumah lampu hadapan, regulator cermin tingkap dan juga perumah bampar hadapan.

Untuk model R34, Nissan mengeluar beberapa jenis hos dan lining badan. Selain itu, ada juga lampu isyarat sisi.

Bagi mendapatkan senarai penuh, anda boleh rujuk di NISMO website.

Share this post

scroll to top