Buletin

NISSAN ALMERA FACELIFT

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa Nissan Almera yang telah ditambah baik (facelift) kini secara rasminya telah dibuka untuk tempahan. 

Nissan-Almera-NISMO-mekanika (3)

Nissan Almera Baharu memiliki penampilan lebih berani dengan rekaan luaran yang telah dinaik taraf. Antaranya termasuklah bampar hadapan, gril hadapan tiga dimensi,  lampu utama multi-reflektor yang baru, perumah lampu kabus dengan kemasan krom, lampu isyarat membelok pada cermin sisi dan rim aloi berjejari Y bersaiz 15 inci.

Semua ciri baharu ini digabungkan bersama kemasan krom, garis-garis yang kemas serta bahagian sisi lebar, menjadikan Almera sebuah sedan yang bergaya dan elegan.

CREATOR: gd-jpeg v1.0 (using IJG JPEG v62), quality = 95

Bagi mereka yang ingin meningkatkan pengalaman memandu Almera, mereka boleh mendapatkan Pakej Prestasi NISMO. Merupakan tawaran terkini pada rangkaian Almera, Pakej Almera NISMO membuat penampilan global pertamanya di Malaysia. Ia nyata mengubah penampilan Almera Baharu menjadi lebih agresif dan maskulin.

Pakej ini merangkumi bampar spoiler hadapan dan belakang, skirting sisi, trunk lid spoiler, rim aloi bersaiz 16 inci dengan tayar Continental, peredam ekzos sports serta sistem suspensi berprestasi tinggi.

Nissan-Almera-NISMO-mekanika (6)

Almera facelift boleh didapati dalam varian E (Manual dan Automatik), V serta VL dengan pilihan naik taraf kepada Pakej Prestasi NISMO atau Pakej Aero NISMO.

Almera ini didatangkan bersama stereng baharu yang dilengkapi butang kawalan audio, Fine Vision Meter dengan Paparan Multi Maklumat (MID) dan konsol tengah yang direka semula serta kemasan hitam piano yang premium.

Nissan-Almera-NISMO-mekanika (5)

ETCM juga menawarkan sistem Navigasi Media berasaskan Android dengan skrin bersaiz 6.5 inci yang pertama dalam segmennya. Sistem itu menawarkan ketersambungan internet, iPod, kamera pandang belakang, USB dan Bluetooth bersama Sistem Kedudukan Akustik Maya (Virtual Acoustic Positioning System, VAPS).

Sedan ini dikuasakan oleh unit enjin 1.5 liter empat silinder HR15DE dengan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menawarkan pecutan serta penjimatan bahan api mengagumkan, iaitu 14.9km\l untuk transmisi automatik dan 15.9km/l bagi varian bertransmisi manual.

Nissan-Almera-NISMO-mekanika (8)

“Dengan penambahbaikan tersebut, model ini bukan sahaja ekonomikal, malah cukup bergaya. Sekali gus membuktikan komitmen berterusan kami untuk menawarkan kereta yang mampu milik dan menarik kepada rakyat Malaysia,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Sempena ulang tahun NISMO yang ke-30, ETCM menawarkan para pelanggan diskaun yang ke atas pakej-pakej NISMO dengan setiap pembelian Almera baharu.

Nissan-Almera-NISMO-mekanika (9)

Para pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambahan daripada pakej nilai terbaik dengan Almera baharu. Pilihan-pilihan itu termasuklah Pakej Elegance, Pakej Navi dengan pemain DVD dan Pakej Navi dengan ketersambungan internet.

Sedan ini hadir dalam lima warna iaitu biru, hitam, emas, putih dan perak. Dengan penambahbaikan ini, Nissan Almera baharu ditawarkan pada harga RM66,900 (varian E Manual), RM69,900 (E Automatik), RM76,900 (V) dan RM79,900 (VL). Harga di atas jalan termasuk insurans dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button