Buletin

NISSAN ARMADA 2017

Nissan rasmi mendedahkan model Armada 2017 yang akan melakukan debut pada acara Chicago Motor Show.

Nissan-Armada-2017-mekanika (9)

Bakal dijual pada musim panas ini, Armada sebenarnya adalah versi rebadged Infiniti QX80.

Versi 2017 itu didatangkan dengan gril  V-motion bersama gabungan lampu hadapan LED bagi lampu rendah dan lampu nyalaan siang.

Nissan-Armada-2017-mekanika (6)

Armada juga didatangkan dengan lubang udara pada fender, kemasan krom dan cermin hadapan akustik bagi tambahan kabin yang lebih senyap.

Dimensi SUV itu juga meningkat sebanyak 1.2 inci dari segi panjang, 0.6 inci (lebar) dan 2.2 inci lebih rendah. Jarak roda kini dikurangkan sebanyak 2.4 inci.

Nissan-Armada-2017-mekanika (4)

Masuk ke dalam kabin, Nissan mengetengahkan aura kemewahan. Ia jelas dilihat menerusi kemasan kayu bersama aksen metalik dan pelbagai lagi ciri premium sebagai standard. Antaranya, skrin navigasi lapan inci, kerusi dengan ciri pemanas, sistem hiburan bersama 12 unit pembesar suara Bose.

Armada ditawarkan dengan tiga varian iaitu SV, SL dan Platinum.

Nissan-Armada-2017-mekanika (1)

Pemilik  SL akan menerima kerusi barisan ketiga dengan pelarasan elektrik, monitor dengan pandangan sekitar, remote ignition dan pintu bonet dengan kuasa elektrik.

Versi Platinum pula didatangkan dengan bumbung suria, sistem hiburan DVD bagi penumpang belakang dan pelbagai lagi ciri teknologi keselamatan.

Nissan-Armada-2017-mekanika (5)

Di bawah hud terletaknya penjana kuasa bersesaran 5.6-liter V8 dengan kuasa 390hp dan tork 401lb-ft . Kuasa dan tork itu dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan dan didatangkan standard dengan pacuan roda belakang.

Pacuan empat roda bagaimanapun hanya ditawarkan sebagai pilihan. Model SUV itu memiliki keupayaan kapasiti menunda sehingga 3,855kg.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button