Buletin

NISSAN BINA KICKS DI BRAZIL

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd., Carlos Ghosn hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menghasilkan sebuah model crossover baharu yang akan dijual di peringkat global.

Nissan to produce new crossover based on Kicks Concept

Diberi nama Kicks, model itu akan mula dijual di pasaran Amerika Latin pada tahun ini. Jentera tersebut diinspirasikan daripada jentera Kicks Concept yang dipertontonkan di acara Sao Paulo Motor Show 2014 dan Buenos Aires Motor Show2015.

Dengan pelaburan sebanyak AS$192 juta (RM835 juta), Nissan  Kicks dijangka dihasilkan di kilang Nissan di Resende, Rio de Janeiro, Brazil. Buat masa sekarang, kemudahan itu mengilangkan model March dan Versa.

Sebaik sahaja produksi dimulakan, Nissan akan menggaji 600 orang pekerja baru dan memulakan shift kedua di kilang berkenaan.

Nissan to produce new crossover based on Kicks Concept

“Nissan telah menghasilkan crossover pertama pada tahun 2003 dengan Murano. Sejak itu, Nissan tidak menoleh ke belakang lagi menerusi model-model seperti JUKE, Qashqai dan X-Trail yang cukup berjaya. Kicks akan membawa kepakaran Nissan ke lebih banyak pasaran,” kata Ghosn.

Pembinaan Kicks diketuai oleh Pusat Reka Bentuk Global Nissan di Jepun dengan kerjasama pasukan Nissan Design America (NDA) di San Diego dan Nissan Design America – Rio (NDA-R).

Google ads
Back to top button