Buletin

NISSAN CATAT JUALAN TERTINGGI 2013

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini mengumumkan jualan tertingginya dengan 51,875 unit pada tahun 2013, 48% lebih tinggi berbanding tahun 2012. Dengan volum jualan yang memberangsangkan ini, Nissan mengekalkan kedudukan No.2 dalam segmen kenderaan bukan nasional. 

The much-anticipated Nissan Almera 1.5L CVTC

“2013 ialah tahun penting dan penuh dengan cabaran buat ETCM. Ini merupakan tahun kedua Nissan berada di kedudukan No. 2 dalam segmen kenderaan bukan nasional.

“Kami gembira apabila mengetahui bahawa Nissan adalah jenama yang diterima baik kerana kreadibiliti dan boleh dipercayai di Malaysia. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan setia yang terus memberi sokongan dan membantu kami memperoleh pencapaian ini,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen.

Nissan Almera_Rear View 1

Jualan memberangsangkan ETCM diterajui oleh permintaan kukuh terhadap Nissan Almera. Ia mewakili  57 peratus daripada jualan keseluruhan Nissan iaitu sebanyak 29,647 unit di Malaysia tahun lalu. Sejak dilancarkan pada 2012, ETCM telah menjual lebih 35,000 unit Nissan Almera.

Nissan Almera menawarkan pakej lengkap dari segi praktikaliti, keselamatan, prestasi dan gaya. Ia ditawarkan pada harga yang berpatutan bermula dari RM66,800.

04 Nissan LEAF_Back

2013 juga menjadi tahun yang signifikan buat ETCM menerusi pelancaran MPV hibrid pertama iaitu Nissan Serena S-Hybrid dan kereta elektrik 100% Nissan LEAF.

Dengan pelancaran Nissan Serena S-Hybrid dan Nissan LEAF, portfolio produk Nissan telah berkembang daripada kenderaan yang dikuasakan oleh Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), Kenderaan Elektrik Hybrid (HEV), sehinggalah Kereta Elektrik (EV) yang meliputi model sedan, MPV, trak pikap 4×4, SUV dan kenderaan komersial.

SONY DSC

“Walaupun kami telah mencapai pencapaian yang signifikan dengan lebih 50,000 unit kenderaan Nissan terjual di Malaysia, ETCM komited untuk terus menjadikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan No.1. Kami di ETCM akan berusaha untuk terus mencapai kejayaan pada tahun-tahun akan datang menerusi pelan 2014 kami,” tambah Dato’ Chen.

Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Hotline Khidmat pelanggan ETCM di talian Tol PERCUMA 1800-88-8368 atau layari laman web www.nissan.com.my. Pandu uji juga boleh diuruskan di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button