NISSAN DAH KELUARKAN 150 JUTA KENDERAAN – POWER BETEI!

Kredit foto: cars.co.za

SHARE

Tahukah anda pada bulan ini Nissan Motor Co., Ltd. telah mencapai produksi yang ke-150 juta. Power betei. Syarikat Jepun itu mengambil masa selama 73 tahun untuk menghasilkan kenderaan ke-100 juta sejak ia ditubuhkan pada tahun 1933. 11 tahun kemudian iaitu pada bulan ini, Nissan telah berjaya mengeluarkan kenderaan ke-150 juta.

Pencapaian 84 tahun penubuhan ini disumbangkan oleh sokongan berterusan daripada pelbagai pihak di seluruh dunia iaitu pekerja, pengedar, pembekal, komuniti tempatan dan juga ratusan juta pelanggan yang memilih kenderaan yang dikeluarkan Nissan.

Isuzu Dmax Desktop

Nissan berjaya mengeluarkan kenderaan ke-100 juta pada tahun 2006 dan semasa itu, 76.5 peratus kenderaan dihasilkan di Jepun. Sejak 11 tahun lepas, penyetempatan (localization) telah berkembang pesat di mana 76.5 peratus dari 50 juta kenderaan dihasilkan di luar Jepun di mana 13 peratus darinya di Eropah.

Nissan mula mengeluarkan kenderaan di Sepanyol dan United Kingdom (UK) lebih dari 30 tahun lalu dan telah membina kilang di St. Petersburg, Rusia sepuluh tahun lalu. Total pengeluaran di UK sudah lebih dari sembilan juta kenderaan dan lebih dari 13 juta kenderaan dari ketiga-tiga buah negara.

Kenderaan ke-150 juta itu dihasilkan di masa Nissan sedang bersiap sedia untuk melancarkan model LEAF baharu di Eropah di mana ia bakal dikeluarkan di kilang Nissan di UK.

Apa pun, syukurlah dari 150 juta itu terhasil juga pelbagai kenderaan ikonik Nissan seperti Skyline, GTR, Sylvia, Pulsar, Fairlady, March SuperTurbo dan pelbagai lagi. 

BACA: NISSAN BLUEBIRD 510 – ARKITEK LANSKAP AUTOMOTIF KINI BERUSIA 50 TAHUN

BACA: NISSAN 370Z 2018 TERIMA PENAMBAHBAIKAN

Berikut ialah maklumat kilang pengeluaran Nissan di Eropah:

  • Sunderland, UK: Nissan Qashqai, Nissan Juke, Nissan LEAF, Infiniti Q30, Infiniti QX30
  • Barcelona, Sepanyol: Nissan Navara, Nissan Pulsar, Nissan nv200, Nissan e-nv200, Renault Alaskan, Mercedes X-Class
  • Avila, Sepanyol: Nissan NT400
  • Cantabria, Sepanyol: Components
  • St. Petersburg, Rusia: Nissan Qashqai, Nissan X-Trail, Nissan Murano

Share this post

scroll to top