Buletin

NISSAN e-POWER – ALTERNATIF KEPADA HIBRID & EV?

Nissan Motor Co. Ltd., hari ini memperkenalkan sistem pacuan baharunya, e-POWER buat pertama kalinya kepada pengguna. Pengenalan itu dilihat cukup signifikan dengan strategi elektrifikasi di bawah Mobiliti Pintar Nissan.

e-POWER meminjam teknologi kenderaan elektrik (EV) pada Nissan LEAF. Berbeza dengan LEAF, e-POWER menambah satu enjin gasolin kecil untuk mengecas bateri yang memiliki ouput tinggi apabila perlu. Jadi, sistem itu tidak memerlukan pengecas luar untuk mendapatkan jumlah kuasa yang sama.

Nissan introduces new electric-motor drivetrain: e-POWER

Sistem e-POWER menampilkan pacuan motor elektrik sepenuhnya. Maknanya, roda digerakkan oleh motor elektrik. Kuasa daripada bateri disalurkan ke rangkaian kuasa e-POWER yang terdiri daripada sebuah enjin, penjana kuasa, inverter dan motor.

Pada sistem hibrid konvensional, motor elektrik dengan output rendah dipadankan dengan enjin untuk menggerakkan roda apabila kuasa bateri semakin rendah. Tetapi dalam sistem e-POWER, enjin tidak disambungkan dengan roda, sebaliknya hanya berfungsi mengecas bateri.

Nissan introduces new electric-motor drivetrain: e-POWER

Tidak seperti kenderaan EV, punca kuasa datang dari enjin dan bukannya bateri sahaja. Nissan dilihat berjaya meminimumkan berat sistem, membangunkan method kawalan motor yang lebih responsif dan mengoptimumkan pengurusan tenaga. Hasilnya, e-POWER boleh menggunakan bateri lebih kecil berbanding LEAF. Pada masa yang sama menawarkan pengalaman pemanduan seperti sebuah EV.

e-POWER menawArkan kuasa tork yang tinggi secara serta-merta. Sistem itu juga berfungsi dengan sangat senyap. Memandangkan e-POWER tidak bergantung kepada enjin, kadar penjimatan bahan apinya didakwa lebih baik berbanding model hibrid konvensional.

Nissan introduces new electric-motor drivetrain: e-POWER

Pendek kata, sistem e-POWER membolehkan pengguna menikmati semua manfaat sebuah model EV tanpa perlu bimbang tentang masalah menukar bateri.

Sistem e-POWER boelh disifatkan sebagai satu siri hibrid. Nissan Note e-POWER akan menjadi kereta kompak pertama yang akan dilengkapi sistem canggih tersebut.

Google ads
Back to top button