Buletin

NISSAN GT-R “R36” DENGAN SISTEM AUTONOMI?

Timbalan Presiden bagi Jabatan Pembangunan Produk Nissan Motor, Ponz Pandikuthira dalam satu temuramah di Tokyo memberitahu bahawa tidak mustahil generasi GTR masa depan akan datang dengan sistem berautonomi.

GT-R 2018

Mungkin bukan ini yang kita nak. Tapi nanti dulu, menurut Ponz Pandikuthira, ia adalah sistem dorongan, dan bukannya sistem pemanduan automatik penuh seperti kereta Tesla. Beliau juga memberi contoh di mana “bantuan” sistem autonomi ini sangat berguna.

Contohnya, ketika memandu di litar, sistem ini akan membantu pemandu mendapat garis perlumbaan, keluar masuk selekoh dengan tepat dan menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.

Nissan-GT-R-Vision-2020-31

Beliau juga tidak menolak akan kemungkinan kombinasi teknologi motor elektrik kerana dunia teknologi berubah dengan sangat pantas. Kedua-dua ciri ini juga akan menjadikan “R36” lebih seronok dipandu.

Kalau betul lah jadi kenyataan ni marilah kita sama-sama berganding bahu bersatu, ketepikan fahaman politik, bangsa dan agama. Berdoalah semoga Ponz Pandikuthira berhenti kerja awal sikit, tak pun kena pecat. Gila apa GTR pakai autonomi? Kau ingat ni video game? Ni GTR wei, GTR! Kau nak autonomi kau kerja buat Almera la!

Google ads
Back to top button