Buletin

NISSAN JUKE 2014

Berikutan penambahan model Juke Nismo pada tahun lalu, sport crossover popular ini tampil pula dengan empat varian menarik iaitu S, SV, SL dan NISMO untuk pasaran Amerika Syarikat.

Nissan-Juke-2-14-Mekanika (6)

Selain ditawarkan dengan pacuan semua roda (AWD) dan roda hadapan, Juke turut didatangkan dalam warna merah dan hitam untuk varian tahun 2014 bersama Midnight Edition dan Sport Package.

Midnight Edition menampilkan rim hitam bersaiz 17 inci, spoiler belakang berwarna hitam dan banyak lagi. Penambahan pada Sport Package pula termasuklah rim aloi bersaiz 17 inci, kemasan ekzos besi tahan karat dan spoiler belakang. Pakej Navigasi juga ada ditawarkan.

Nissan-Juke-2-14-Mekanika (3)

Juke Nismo mengetengahkan hampir 100 komponen yang dibina khas. Antaranya enjin 1.6-liter DIG turbo berkuasa 197hp yang ditala oleh Nismo. Selain suspensi Nismo, gayaan aerodinamik, tempat duduk baharu dan rim aloi ringan bersaiz 18 inci.

Juke dilihat terus membina reputasi selaku salah satu model yang memiliki reka bentuk paling radikal dan berprestasi tinggi dalam segmen B hatchback. Bagi model 2014, Juke dijana oleh unit enjin Direct Injection Gasoline (DIGÔ) turbo berkapasiti 1.6 liter DOHC.

Nissan-Juke-2014-mekanika

Enjin aluminium itu mampu menghasilkan kusa sehinga 188hp dan tork 240Nm. Ia kemudian dipadankan bersama salah satu transmisi iaitu Xtronic CVT® (Continuously Variable Transmission) termaju dengan S-Mode atau kotak gear manual enam kelajuan. Penjimatan bahan api ditingkatkan lagi menerusi penggunaan teknologi tercanggih Nissan, PUREDRIVE.

Nissan-Juke-2-14-Mekanika (5)

Kualiti pengendalian Juke dibantu oleh topang MacPherson bebas untuk roda hadapan dan suspensi jenis torsion beam (roda belakang). Tahap keselamatan kenderaan pula dipertingkat dengan empat brek cakera ABS, EBD dan BA.

Nissan-Juke-2-14-Mekanika (8)

Menjengah ke ruang kabin, ambiennya kelihatan agresif dengan panel instrumen lebar, konsol tengah unik yang diuinspirasikan daripada tangki minyak motosikal.

Palet warna Juke pula terdiri daripada sembilan warna berbeza seperti hitam, perak, merah, biru, emas dan putih.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button