Buletin

2018 NISSAN LEAF SERBA BARU DILANCARKAN, 378KM SEKALI CAS

Idea kereta berteknologi elektrik bukanlah benda baru. Namun menjadikannya kereta keluaran penuh secara komersial merupakan satu perjudian yang sangat berisiko. Seperti yang diketahui, kos bateri merupakan halangan terbesar menjadikan kereta begini mampu dimiliki.

Kerana itu juga di seluruh dunia, kereta elektrik diberi pelbagai insentif seperti pelepasan cukai, rebat jualan, pengecualian duti, geran dan subsidi kerajaan bagi membolehkannya bersaing dengan kereta berenjin pembakaran dalaman (ICE). Semua kerajaan di dunia mahukan negara mereka bersih dan melakukn pelbagai cara bagi menggalakkan orang ramai beralih kepada kereta elektrik. Norway merupakan negara yang sering menjadi contoh bagaimana usaha kerajaan-pengeluar mampu menghasilkan dunia yang lebih bersih.

BACA: 50% KERETA DI NORWAY ADALAH ELEKTRIK

Tesla Motor adalah sebuah syarikat yang menjadi contoh pembuat kereta elektrik sepenuhnya untuk pasaran massa. Namun lama sebelum itu, Nissan sudahpun menghasilkan Leaf pada 2010 dan pada 2012, pakatan Renault-NIssan menghasilkan Zoe. Mereka adalah pengeluar kereta elektrik terbesar malah masih menghasilkannya sehingga ke hari ini.

Setelah lebih tujuh tahun di pasaran, Nissan mengumumkan model gantian penuh Leaf model pertama menerusi generasi kedua. Ia akan dipamerkan dalam pameran Frankfurt Motor Show akan datang dan akan mula dibuka untuk jualan di Jepun pada Oktober hadapan, kemudian ke Amerika, kanada, UK dan seluruh Eropah pada 2018.

Ia dikuasakan oleh pek bateri lithium-ion baru 40-kWh dengan motor baru yang menghasilkan 147 kuasa kuda serta 236 lb-ft tork. Di Amerika, dengan tahap ujian jarak perjalanan yang ketat, mereka memberi anggaran jarak perjalanan 150 batu (241km) bagi setiap cas penuh.

Berbeza dengan Eropah, ia dikatakan mampu mencatat sehingga 235 batu atau 378 km, angka yang lebih realistik untuk sebuah kereta bandar.

LEAF mengambil masa 40 minit untuk mencapai cas 80 peratus kapasiti bateri. Kadar masa yang diambil untuk pengecasan penuh ialah lapan jam menggunakan plug 6kW dan 16 jam jika menggunakan plug 3kW.

Ciri paling menarik untuk semua varian LEAF baru ini ialah ProPILOT. Sistem kawalan autonomi satu lorong (single-lane autonomous driving) ini mengawal jarak kenderran di hadapan pada kelajuan 30km/j hingga 100km/j dan ia akan mengekalkan kenderaan di lorongnya secara automatik.

ProPILOT juga didatangkan dengan fungsi parkir automatik yang menggunakan 12 sensor ultrasonik di sekeliling kereta.

Selain itu, ia didatangkan dengan e-Pedal. Ia digunakan untuk memecut, perlahan dan berhenti. Nissan mendakwa menurut kajian mereka 90 peratus pemandu memerlukan fungsi ini.

Antara ciri lain yang dibekalkan ialah Intelligent Lane Intervention, Lane Departure Warning, Intelligent Emergency Braking, Blind Spot Warning, Traffic Sign Recognition, Rear Cross Traffic Alert dan Intelligent Around View Monitor.

 

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”19″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button