NISSAN LEAF BAKAL DIJUAL DI MALAYSIA? ADA YANG BERMINAT?

SHARE

Tahukah anda Nissan Serena S-Hybrid mendapat sambutan hangat? Sehingga 6 Jun lalu tempahan Serena S-Hybrid telah pun mencecah 2,500 unit.

Dalam tempoh empat minggu sahaja selepas dilancarkan pada 20 Mei sebanyak 757 didaftarkan di atas jalan raya jadi tidak hairanlah secara tiba-tiba sahaja banyak MPV itu dilihat di atas jalan.

Jika diperhatikan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada sambutan ini.

Isuzu Dmax – Mobile

Pertama ialah tempoh pelancaran yang kena pada waktu ketika negara sedang menikmati pelepasan cukai, kedua ialah harga yang begitu menarik iaitu RM 125 ribu hingga RM 134 ribu dan ketiga ialah saiznya yang boleh memuatkan tujuh penumpang.

Sambutan hangat yang diterima adalah suatu yang mengujakan setelah lama Nissan tidak mempunyai model hits seperti Almera dan Grand Livina.

Selepas Nissan Serena S-Hybrid, model manakah yang mahu dilancarkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) selepas ini?

Nissan March? Kick? March? Qashqai? GT-R?

Tiga-tiga pun bukan kecuali Nissan LEAF yang mempunyai tugasan besar bagi meluaskan pengaruh kenderaan elektrik dalam dunia kepenggunaan hari ini.

Nissan Serena S-Hybrid terima sambutan hangat

Pengesahan ini sebenarnya telah dibuat pada Februari lalu semasa program Nissan Futures di Singapura oleh Naib Presiden Kanan Serantau Nissan, Yutaka Sanada.

Bukan sahaja Malaysia, LEAF bakal dijual di beberapa negara lain iaitu Australia, Hong Kong, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Thailand. Nissan juga sedang membuat kajian untuk menawarkan LEAF di Indonesia dan Filipina.

Penawaran ini suatu perkara baik untuk Malaysia berdasarkan keterbukaan pasaran dan insentif yang disediakan kerajaan.

Selain itu kajian yang dibuat oleh Frost & Sullivan mendapati pasaran Asia Tenggara mempunyai potensi besar untuk EV.

Satu lagi perkara tentang LEAF, ETCM sebenarnya pernah menawarkan model generasi pertama pada tahun 2013 dengan harga RM 168,800 termasuk unit pengecasan yang boleh dipasang di mana-mana lokasi secara percuma.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah unit yang terjual di pasaran tempatan kecuali 300,000 di peringkat dunia sejak 2010.

Satu jumlah begitu besar memandangkan EV masih lagi baharu dan juga mereka yang skeptik dengan teknologi ini.

LEAF generasi kedua yang bakal dipasarkan di negara kita mempunyai teknologi lebih baik dan boleh bergerak sehingga 378 km dengan cas penuh.

Dari segi kuasa pula, output elektrik LEAF ialah 110 kW dan tork 320 Nm di mana ia adalah angka yang menarik.

Nissan merancang untuk menawarkan LEAF di 60 buah negara serata dunia dan telah dimulakan di Jepun pada Oktober tahun lalu. Di sana Nissan LEAF ditawarkan pada harga RM 123,000.

Dari segi kos pengecasan pula, satu laporan pandu uji oleh laman PaulTan untuk LEAF generasi pertama pada tahun 2012 menunjukkan penggunaaan elektrik berjumlah RM 164.08 bagi pemanduan sejauh 1,785 km.

Dengan maklumat yang dipaparkan ini ada dua soalan yang ingin ditanya? Mahukah anda memiliki sebuah EV dan benarkah saranan sesetengah netizen bahawa kenderaan nasional ketiga perlu menfokuskan pada pasaran ini?

Satu perkara yang harus diketahui, EV juga memerlukan infrastruktur pengecasan dan mereka yang mampu dan mahir menyelenggaranya.

Nissan dan ETCM pasti sudah mempunyai perancangan tentang perkara ini tambahan pula LEAF adalah ayam tambatan untuk program EV mereka.

LEAF bukan sahaja penting untuk Nissan dan ETCM tetapi juga indikator penerimaan EV di kalangan rakyat tempatan.

Foto: Nissan LEAF NISMO

BACA: NISSAN LEAF NISMO BAKAL DIJUAL DI JEPUN, JIMAT DAN SPORTI

BACA: NISSAN SERENA NISMO INI BOLEH DIPESAN DENGAN KERUSI RECARO & TAYAR POTENZA RE003

Share this post

scroll to top