NISSAN MAHU MODEL GANTIAN GT-R ADALAH SUPERCAR YANG TERPANTAS DI DUNIA

SHARE

Nissan GT-R bukan sahaja merupakan supercar kebanggaan Nissan, malah ia mewakili Jepun secara keseluruhan. Dalam tak sedar, kereta sukan paling maju di eranya ini telah memasuki usia 10 tahun. Dengan pelbagai versi dan penambahbaikan yang dibuat, Nissan sedar, sudah sampai masanya GT-R mendapat pengganti yang baru.

 

Ketika berlangsung Goodwood Festival of Speed minggu lalu, pihak majalah Autocar telah bepeluang menemuramah ketua jurutera rekabentuk GT-R, Alfonso Albaisa. Beliau mengakui, rekaan model gantian GT-R R35 sudahpun dimulakan.

Namun begitu, pihak pengurusan Nissan belum membuat sebarang keputusan mengenai enjin dan juga platform. Apa yang pasti,Albaisa memberitahu ia tidak akan menggunakan rekaan dari Italdesign yang baru dilancarkan oleh firma Itali itu kerana ia perlu jadi “sebuah kereta tersendiri yang istimewa”.

Isuzu Dmax Desktop

Tambahan lagi GT-R yang bakal lahir nanti perlu menjadi sebuah “supercar yang paling laju di dunia” menurut Albaisa. Pun begitu, beliau akui, ia adalah cabaran besar buat jurutera yang dipertanggungjawabkan nanti.

Pengganti GT-R dijangka akan tiba paling awal selepas tahun 2020, 

Persoalannya, adakah GT-R akan dikuasakan elektrik sepenuhnya?

“Sama ada kita membangunkan GT-R elektrik sepenuhnya ia belum diputuskan. Apa yang pasti ialah matlamatnya untuk menghasilkan kuasa maksimum.

“Tetapi kami pasti akan membuat ‘platform’ baru dan matlamat kami jelas: GT-R akan menjadi kereta terpantas dalam kelasnya . Ia perlu menjuarai litar perlumbaan dan ia perlu dibekalkan dengan teknologi canggih; Tetapi itu tidak bermakna ia perlu kuasa elektrik sepenuhnya.

Seperti yang diketahui semua , Nissan mempunyai pengalaman dengan penjana elektrik, termasuk kereta lumba Leaf dan LMP1 GT-R (yang tidak pernah berlumba).

LMP1 GT-R ini dikuasakan oleh V6 3.0-liter berkembar yang dipasangkan kepada sistem hibrid.

GALERI

 

Share this post

scroll to top