Buletin

NISSAN MICRA EROPAH

Penambahbaikan model kompak Nissan untuk pasaran Eropah memang komprehensif. Langkah itu diambil bagi membolehkan Micra mampu memberi saingan lebih sengit kepada beberapa model kompak popular seperti Ford Fiesta dan Volkswagen Polo. 

Jadi, Nissan memberikan perubahan major ke atas Micra. Sehinggakan besi tubuhnya turut ditukar. Keseluruhan wajahnya telah diubah menerusi penggunaan gril baharu yang mempunyai kaitan kukuh dengan penampilan korporat Nissan.

104753_1_5

Bonet, komponen sisi, lampu utama dan bampar semuanya baru.  Lampu kabus juga direka dengan bentuk baharu bersama perumah berwarna krom. Perubahan itu memberikan Micra penampilan yang lebih kuat, tersendiri dan dinamik. Bahagian belakang pula diserlahkan dengan lampu LED

Perubahan yang signifikan boleh dilihat pada ruang dalaman. Paling ketara adalah aplikasi sistem komunikasi dan navigasi terkini Nissan iaitu  NissanConnect yang menampilkan skrin sentuh lebih besar (5.8 inci).

104757_1_5

Satu lagi inovasi penting yang ada pada Micra ialah sistem bantuan parkir canggih. Dilengkapi alat pengesan ketika mengundur dan Parking Slot Measurement (PSM), sistem itu dikatakan boleh dilaras mengikut kemahiran pemandu sama ada amatur, normal atau pakar!

Percaya atau tidak, di bawah hud depannya terletak salah satu enjin petrol paling cekap di dunia. Enjin tiga silinder bersesaran 1.2 liter direct injection gasoline supercharged (DIG-S) itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 98PS dengan tahap penjimatannya setaraf enjin diesel. Penambahan ciri start/stop ketika kenderaan berhenti pula menambah penjimatan bahan api kepada empat peratus lagi.

104754_1_5

Satu lagi varian enjin berkapasiti 1.2 liter dengan kuasa 80PS. Enjin-enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan atau kotak gear CVT generasi terkini.

Pelanggan di Eropah ditawarkan dengan tiga varian Micra iaitu Visia (model asas), Acenta (sederhana) dan Tekna yang dilengkapi pelbagai ciri termaju.

104755_1_5

“Micra baharu mendapat manfaat daripada semua ciri model K13 sedia ada dengan peningkatan dilakukan dari segi teknolgi, kualiti dan penampilan dinamik. Fasa baru Micra baru sahaja bermula,” kata Pengurus Produk Micra untuk Eropah, Helen Perry.

Di pasaran Eropah, jumlah jualan Micra berada di bawah model Qashqai dan Juke.

[hr] Galeri

104761_1_5104762_1_5104764_1_5104765_1_5104766_1_5104778_1_5104768_1_5104771_1_5104780_1_5MicraNew_015104784_1_5MicraNew_041 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button