NISSAN SAMAN KERAJAAN INDIA RM3 BILLION KERANA TAK TEPATI JANJI URUSNIAGA

SHARE

Salah satu pasaran yang membangun di Asia ialah India. Ia dikatakan gergasi ekonomi kedua yang akan bangkit seiring dengan negara China. Namun berita ini mungkin mengejutkan seluruh industri automotif.

India di saman? Ya. Nissan menyaman kerajaan India kerana mengengkari perjanjian urusniaga yang telah dipersetujui antara mereka.

BACA: FERRARI DISAMAN KERANA TIPU “MILEAGE”

Kes ini bermula pada tahun 2008 bilamana Nissan bersetuju untuk melabur di negara itu dengan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan India. Dalam urusniaga tersebut, Nissan bersetuju untuk memulakan kemudahan pemasangan kereta Nissan di bahagian Selatan negara itu untuk kereta khusus bagi pasaran India.

Seperti yang dilaporkan oleh Reuters, urusniaga tersebut melibatkan banyak perkara dan antara lain ialah insentif yang diterima Nissan terhadap pelaburan yang ditetapkan.

Selain menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi setempat, kerajaan India perlu menetapkan sejumlah insentif kepada Nissan untuk membolehkan pembuat kereta Jepun itu berdaya saing dengan industri semasa.

Ia termasuklah insentif pemotongan cukai dan subsidi supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama hasil usahasama tersebut.

Namun selepas semuanya bermula seperti dirancang, kerajaan India tidak menepati janji. Mereka gagal membayar balik insentif seperti yang dipersetujui.

Nissan cuba bertolak ansur dan menunggu sehingga tahun 2015 untuk bayaran tersebut. Malah CEO Nissan, Carlos Ghosn sendiri pernah bertemu perdana menteri India Narendra Modi untuk berbincang. Namun segalanya tidak berhasil.

Pada Ogos lalu, Nissan bertindak memfailkan saman tuntutan sebanyak RM3 Bilion dan pendengaran mahkamah pertama akan ditetapkan pada pertengahan bulan ini. 

Nissan mendakwa India melanggar perjanjian Comprehensive Economic Partnership Agreement yang telah ditandatangani bersama Jepun. 

 
 
(Visited 1,562 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top