NISSAN SERENA C27 BARU DILANCAR MEI? INI VARIAN PETROL DAN HYBRID YANG KAMI TAHU

Kredit (c) Nissan/NISMO

SHARE

Beberapa bulan kebelakangan ini, Edaran Tan Chong Malaysia (ETCM), pemegang hak jenama Nissan di Malaysia sedang giat menguji model MPV terbaru mereka sebelum dipasarkan untuk pasaran tempatan.

ETCM memang tidak pernah mengenepikan model Serena yang sejak dari model pertamanya pada 1992 merupakan salah satu pasaran penting mereka di Malaysia. 

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BACA: PENING NAK BELI MPV? BACA NI, SEMOGA BERTAMBAH PENING

Sedar atau tidak, Bagi pasaran yang sama, Toyota tak pernah membawa masuk Noah/Voxy, Honda pula tak bawa masuk StepWGN yang sepatutnya memeriahkan pasaran MPV kelas pertengahan ini. Yang tinggal bersaing dengan Serena ialah pemain baru iaitu Mazda menerusi model Biante.

Model di pasaran hari ini merupakan yang pertama seumpamanya menggunakan teknologi S-Hybrid Nissan dan ketika dilancarkan pada 2013, mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Dikenali dengan kod C26, Nissan telah memulakan projek CKD Serena dan berjaya menempatkannya pada harga jualan yang cukup kompetitif.

Model terbaru yang dikenali dengan kod C27 ini pula telah dilancarkan di Jepun pada 2016. Ia sudah hadir dengan pelbagai varian dan versi.

Di Jepun, pilihan pembeli terdiri daripada model Autech, Nismo dan juga e-Power yang merupakan sistem hybrid terkini Nissan.

Kami menerima maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengenai varian yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Menurut sumber yang dekat dengan ETCM itu terdapat DUA varian asas yang akan dipasarkan nanti iaitu versi PETROL dan versi S-HYBRID.

Kedua-duanya akan dipasangkan dengan konfigurasi TUJUH tempat duduk. Ia bermakna ia dipasangkan dengan kerusi tunggal berkembar di barisan tempat duduk kedua, berbanding konfigurasi LAPAN tempat duduk pada model C26 sekarang.

1. S-HYBRID 

Hybrid akan kekal menjadi model premium di mana segala kelengkapan dan aksesori diletakkan pada model ini. Antara ciri-ciri yang akan ditawarkan pada model ini ialah;

  • Lampu hadapan projektor dengan LED 
  • dilengkapi ENAM beg udara
  • Kerusi salutan kulit
  • EMPAT kamera dengan pandangan 360 darjah
  • Pintu berkuasa (power door) di ke DUA BAHAGIAN KIRI DAN KANAN
  • Fungsi pengesan kaki pada pintu berkuasa belakang
  • Intelligent Drive Alertness
  • Rim aloi 16 inci

2. PETROL

Setelah menghadapi pelbagai isu dengan varian S-Hybrid, Nissan mungkin percaya bahawa pasaran kenderaan Malaysia masih memerlukan varian petrol sepenuhnya. Justeru, sumber kami memberitahu bahawa ia akan ditawarkan juga bagi model baru ini.

Walaupun begitu, model Petrol diletakkan sebagai model asas. Kami percaya, strategi ETCM ialah memusatkan pasaran premium pada hybrid, tapi kita tengoklah nanti, ETCM ni asal boleh saja kalau Petrol laku nanti spesifikasi pun naik juga.

  • Lampu hadapan halogen
  • dilengkapi DUA beg udara
  • Kerusi salutan fabrik
  • Pintu berkuasa (power door) SEBELAH KIRI SAHAJA
  • rim aloi 15 inci

HARGA?

Menurut sumber edisi siasat kami, Varian S-Hybrid dijangka akan dijual pada harga lingkungan RM150,000 sementara Petrol pula dalam lingkungan RM125,000.

Jika maklumat ini 100 peratus sahih, kami percaya, Toyota ada masalah besar dengan Innova mereka.

Nissan ni letak harga RM125K, dekat nak Raya nanti segala promosi dia bagi dengan tolak komisen salesmen silap-silap bawah RM120K pun boleh dapat.

Kan?

 

Share this post

scroll to top