NISSAN SERENA NISMO INI BOLEH DIPESAN DENGAN KERUSI RECARO & TAYAR POTENZA RE003

Nissan Serena NISMO Kredit (c) Nissan/NISMO

SHARE

Jenama NISMO ini jangan dibuat main, ia adalah pasukan dan penala hebat di Jepun dan sinonim sangat dengan perlumbaan Super GT. NISMO juga tidak setakat menjual acah-acah kit badan semata-mata tetapi lengkap dengan suspensi, ekzos, rim dan macam-macam lagi.

Untuk sesiapa yang terlepas pandang, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) turut menawarkan Nissan Teana NISMO. Sesuatu yang di hadapan berbanding Honda atau Toyota. 

NISMO turut mempunyai barisan kereta jalanan yang bermula dengan Nissan Juke NISMO pada tahun 2013. Siri kereta yang siap dinaik taraf semakin berkembang dengan pengenalan Nissan March NISMO, Nissan Note NISMO, Nissan Fairlady Z NISMO dan paling hangat sekali ialah Nissan GT-R NISMO.

Kini barisan kenderaan itu mempunyai ahli baharu iaitu Nissan Serena NISMO dan sama seperti model lain bukan acah-acah kit badan sahaja.

Iyalah, bila dah ada Nissan GT-NISMO janggal pula kalau pandu Toyota Hiace yang diubahsuai, jadi kena lah beli Serena NISMO supaya sepadan.

Nissan Serena NISMO walaupun dah masuk famili NISMO dengan gaya yang kuat dan pemanduan menyeronokkan tetapi masih selesa untuk seisi keluarga menikmati pemanduan yang jauh. Kalau tak selesa, baik balik rumah dan ambil GT-R.

Menurut Nissan, Serena NISMO ini menawarkan kestabilan dan pengendalian yang selesa untuk memandu tanpa bimbang walaupun pada kelajuan tinggi.

Ini dicapai melalui badan yang diperkukuh dan dibuat khas dan talaan suspensi. Di samping itu, sistem ECU yang telah ditala semula dan muffler khas memberikan sensasi pecutan menyeronokkan.

Reka bentuk luar mempunyai ciri-ciri gayaan signatur NISMO. Bampar depan dan spoiler belakang telah menaikkan prestasi aerodinamik dengan ketara. Bahagian dalaman dan luaran pula tampil dengan warna yang dikaitkan NISMO iaitu selingan merah.

Nissan Serena ditawarkan dalam tujuh warna termasuk empat yang eksklusif untuk siri NISMO.

Selain tampil dengan reka bentuk agresif, Serena NISMO juga tampil canggih melalui teknologi ProPILOT. Teknologi ini Serena NISMO dipandu secara autonomi dalam lalu lintas satu laluan di lebuh raya.

Teknologi ini merupakan bahagian penting dari Nissan Intelligent Mobility yang mengubah cara kereta dikuasakan, dipandu dan diintegrasikan dengan masyarakat.

Nissan Serena NISMO dikuasakan oleh enjin MR20DD-SM24 yang dipadankan bersama transmisi Xtronic CVT. Harga yang ditawarkan di Jepun ialah JPY 3,419,280 atau bersamaan RM 125,530. 

Okay lah, sebelum beli GT-R NISMO, kita beli Serena NISMO dulu. Sama-sama NISMO juga ni.

BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R32 DIUNDI MODEL PALING TOP DALAM #NISMOtop20

BACA: NISSAN GT-R R34 V-SPEC II Nür R-TUNE – RM1.03 JUTA, KASTA TINGGI SELEPAS GT-R NISMO Z-TUNE 

Share this post

scroll to top