NISSAN SKYLINE GT-R V-SPEC II Nür INI HANYA BERGERAK 1OKM – BAKAL DILELONG DALAM TAS 2018

SHARE

Untuk berjumpa dengan sebuah Nissan Skyline GT-R V-Spec II Nür yang seperti tidak pernah digunakan mungkin kedengaran mustahil.

Tetapi inilah unit yang membuatkan semua orang ternganga, kerana kita akhirnya dapat melihat sebuah R34 baharu. Model keluaran tahun 2002 itu dikatakan sangat berharga kerana menjadi salah satu model terakhir untuk generasinya.

Lebih menambahkan aspek rare ialah spesifikasi VSpec II yang hadir bersama enjin RB26 yang telah dipertingkatkan.

BACA: NISMO FESTIVAL – INILAH KARNIVAL NISSAN PALING MERIAH DI BUMI (ADA SERIBU GT-R!) 

Walaupun spesifikasi enjin tidak berubah, enjin berkuasa 276hp itu dipasang dengan turbo dan boost pressure lebih besar bersama blok lebih kukuh. Ini bagi menjadikan enjin tersebut lebih tahan lasak untuk tujuan naik taraf.

Ciri-ciri lain termasuklah speedometer dengan takat 300km/j, jahitan khas pada tempat duduk, dan kemasan iridium pada ruang kabin, serta peralatan VSpec II seperti suspensi lebih keras, brek besar dan bonet gentian karbon.

Jentera ini didakwa masih belum pernah didaftarkan. Ia dijangka dilelong oleh pihak BHauction pada acara Tokyo Auto Salon (TAS) pada Januari 2018. 

kredit foto: 

GALERI

(Visited 4,729 times, 8 visits today)

Share this post

scroll to top