BuletinModifikasi

SKYLINE KENMERI INI BOLEH DIMILIKI PADA HARGA RM200K

Amerika Syarikat ialah negara yang sangat taksub dengan kereta. Budaya kereta di sana telah bertapak sekian lama dan sebagai sebuah negara pengeluar kereta, budaya kereta di sini lebih tertumpu kepada kereta buatan mereka seperti Ford dan Chevrolet.

Tapi sejak kebelakangan ni, negara Uncle Sam ni mula menerima budaya kereta daripada luar, terutamanya daripada negara Jepun, seteru utama mereka semasa Perang Dunia Kedua.

kenmeri skyline (5)

Nissan Skyline 2000GT-X  atau lebih dikenali sebagai Kenmeri dengan gaya modifikasi Zokusha ini ialah kereta terakhir yang anda akan terfikir didaftarkan secara sah di wilayah koboi, iaitu di Texas! Skyline ini mengenakan gaya Skyline Works GT-R yang pernah beraksi di perlumbaan Group 5 Super Silhouette.

kenmeri skyline (8)

Kereta ini diimport daripada Rocky Auto, sebuah syarikat modifikasi kereta klasik Jepun yang terkemuka yang mengubahsuai kereta ini mengikut gaya Zokusha yang sejati.

Skyline keluaran tahun 1977 ini dihiasi dengan fender flare yang lebar dan di bawahnya, satu set rim SSR Mark III 14 inci dengan kelebaran 10 inci di depan dan 12 inci di belakang. Offset rim-rim gaya retro ini ialah -38 di depan dan -49 di belakang yang memastikan rim ini akan memenuhi segenap ruang yang disediakan oleh fender flare yang dipasang pada kereta ni.

kenmeri skyline (4)

Gaya kereta lumba yang ingin ditonjolkan agak terserlah di ruang dalaman Skyline ini. Karpet asal telah ditanggalkan dan tempat duduk sebelah pemandu telah diganti dengan tempat duduk bucket penuh gaya retro.

Walaupun kereta ini tidak lagi mempunyai sebarang karpet, kereta ini masih dilengkapi dengan sistem pendingin hawa, tingkap berkuasa dan stereng berkuasa yang menjamin kereta ini masih boleh dipandu dengan selesa di atas jalanraya. Tak dilupakan, kereta ini dilengkapi dengan pemain kaset klasik yang masih berfungsi!

kenmeri skyline (2)

Dari segi mekanikal, Skyline ni telah disalin dengan enjin L28 2.8 liter yang menggantikan enjin L20 2 liter asalnya. Enjin baru ni diubahsuai dengan memasang 3 buah karburator Mikuni 44 yang menyalurkan petrol kepada keenam-enam silinder enjin.

kenmeri skyline (7)

Sistem gantungan Skyline ini diperbaiki dengan mengenakan satu set penyerap hentak bolehlaras Starroad dan brek gelendong asal di belakang dah diganti dengan brek jenis cakera.

Kereta ni kami temui untuk jualan di laman ebay beberapa hari lepas. Penjualnya meletakkan harga USD49,999 kepada bakal pembeli yang berminat. Jika anda biasa dengan sistem ebay, harga tawaran ini bergantung pada rundingan seterusnya. ia boleh ditawar berapa yang anda mahu.

JIka anda ada AP kereta klasik dan boleh dapatkan dokumen berkaitan dari si penjual, Kenmeri ini boleh dibeli. Di Jepun sendiri sudah agak payah nak dapatkan Kenmeri dengan kondisi seperti ini. ebay adalah lelongan awam, tidak seperti lelongan di Jepun yang terhad pada agen dan lebih rumit prosesnya.

 

 

sumber

ebay.com

 

Google ads
Back to top button