Artikel PilihanBuletin

NISSAN SKYLINE PALING IKONIK – JAPFEST

Model yang popular kerana permainan video Playstation Generation, Nissan Skyline dinamakan sebagai kereta Jepun paling ikonik oleh pihak Japfest.

Nissan-Skyline-iconic-mekanika (5)

Japfest merupakan sambutan terbesar kenderaan dan budaya Jepun di Eropah. Penganjur acara Japfest telah menjalankan satu kaji selidik dalam kalangan pengikut media sosialnya untuk melihat kereta berprestasi mana yang diiktiraf sebagai model paling ikonik dalam budaya kereta Jepun.

Hasilnya, mereka memilih Nissan Skyline. Model itu mula popular di UK pada tahun 1997 apabila menjadi bintang dalam permainan konsol Gran Turismo.

Nissan-Skyline-iconic-mekanika (1)

Skyline mengalami evolusi menerusi beberapa generasi. Model baharu biasanya lebih laju dan maju berbanding model sebelumnya.

“Nissan Skyline ialah salah satu kereta yang benar-benar memulakan kegilaan modifikasi kenderaan Jepun di UK. Jadi, tidak hairanlah jika ia dipilih sebagai kereta prestasi Jepun paling ikonik sepanjang zaman,” jelas Pengurus Acara Japfest, Katherine Chappell.

Nissan-Skyline-iconic-mekanika (3)

Kereta yang berada di tempat kedua dan ketiga dalam kaji selidik itu ialah Toyota Supra dan Subaru Impreza WRX.

Acara Japfest berpindah ke Silverstone, lokasi penting dunia pemotoran Britain, selepas ia disertai oleh lebih 16,000 orang pengunjung dan 3,500 buah kereta.

Google ads
Back to top button