NISSAN SKYLINE R32 HKS ZERO-R. HANYA EMPAT BUAH DI DUNIA! (+VIDEO)

SHARE

Satu perkara yang kami sendiri akui ialah, kami pun tak tahu bahawa kereta ini wujud. Ingatkan Skyline R33 400R tu dah cukup rare. Rupa-rupanya R32 buatan HKS ini lebih rare atau lebih tepat, super rare!

Kenapa cerita kereta ni jarang timbul? sebab ia sebenarnya adalah projek “separuh jalan” yang terpaksa dihentikan atas sebab yang menarik.

Skyline R32 HKS Zero-R adalah kereta yang dibina oleh syarikat penala Jepun yang terkenal – HKS. Ia merupakan keajaiban era 90-an dan era di mana kesungguhan syarikat-syarikat aftermarket di Jepun membuktikan keupayaan masing-masing membina versi “jahat” pada kereta keluaran kilang.

HKS telah membina EMPAT unit kereta ini untuk memenuhi syarat homologasi. Walaupun begitu, bagi menepati syarat sebelum ia boleh dijual di pasraan, kereta ini perlu dihantar untuk ujian keselamatan dan pelanggaran.

Setelah membuat kira-kira, HKS mendapati, kos untuk melengkapi syarat ujian dan homologasi tersebut ialah 13,000,000 yen atau RM491K untuk sebuah kereta. Ya. ia kos yang perlu dibayar pada pada tahun 1991!

Sedar ia tidak berbaloi dan akan menjadikan keretanya sangat mahal untuk dijual, HKS mengambil keputusan menghentikan projek ini dan kesemua kereta ini kekal di Jepun – kecuali sebuah yang telah dibeli oleh Sultan Brunei.

Dalam video di bawah, ia adalah kereta yang pernah dimiliki Sultan Brunei, sudah bertukar pemilik dan terima kasih kepada saluran video  GALERI KERETA yang berkongsi sejarah berharga ini.

Kereta ini bagaimanapun telah digantikan dengan enjin RB26DETT versi terakhir pada R34 GTR. Ia diubahsuai dengan pelbagai komponen prestasi tinggi yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 600hp.

Apakah yang membezakan Skyline R32 HKS Zero-R dengan Skyline GTR biasa?

Paling ketara ialah fascia belakang yang menampilkan bampar custom dan paip ekzos berkembar. Di bahagian dalam, ia tidak ada kerusi belakang dan digantikan dengan sebuah tangki bahanapi yang boleh tahan jugalah besarnya.

Dan

Inilah “permata” sebenar!

KREDIT: GALERI KERETA

Share this post

scroll to top