Buletin

NISSAN X-TRAIL FACELIFT KINI DI THAILAND, INI BARU CANGGIH

Tersebut suatu kisah beberapa tahun dulu ada sebuah jenama terkenal memasarkan sebuah SUV dengan pakej menarik iaitu tujuh tempat duduk.

Ciri tersebut memang bagus memandangkan SUV pesaing mempunyai lima tempat duduk sahaja.

Kemudian jenama pesaing melancarkan SUV generasi baharu yang jauh lebih canggih, ada enam beg udara dan sistem bantuan pemanduan Honda Sensing.

Jenama dengan tujuh tempat duduk tersebut masih kekal sama, jual SUV dengan dua beg udara sahaja.

Sekarang segmen SUV semakin sengit apabila sebuah jenama nasional melancarkan X70 yang serba canggih. Harga jauh lebih murah berbanding mana-mana pesaing.

Walaupun penawaran X70 itu dibuat lebih daripada setahun sebelum dilancarkan, SUV tujuh tempat duduk tersebut masih kekal sama dengan dua beg udara sampai artikel ini ditulis – 16 Februari 2019.

Tamat kisah di atas.

Nissan X-Trail pasaran Eropah

Ini pula cerita di negara jiran iaitu Thailand. Pada 4 Februari lalu, Nissan telah melancarkan X-Trail facelift dengan pakej yang bagus.

Tidak mahu cerita panjang, kita baca butiran X-Trail di Thailand:

  • Ada lima varian iaitu 2.5S 2WD, 2.5V 2WD, 2.5 VL 4WD, 2.0 V 4WD Hybrid, 2.0 VL 4WD Hybrid
  • Enjin 2.5 L berkuasa 171 PS dan tork 233 Nm, 2.0L hibrid berkuasa 144 PS dengan tork 200 Nm dan tambahan kuasa daripada motor elektrik sebanyak 41 PS dan tork 160 Nm
  • Dilengkapi Nissan Intelligent Mobility yang canggih
  • Di antara ciri Nissan Intelligent Mobility ialah Intelligent Cruise Control (ICC), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Forward Collision Warning (FCW), Intelligent Emergency Braking (FEB), Blind Spot Warning (BSW), Lane Departure Warning (LDW), Moving Objection Detection (MOD), enam beg udara (bergantung kepada varian)
  • Kesemua varian dilengkapi Around View Monitor (AVM) dengan empat buah kamera sekeliling kereta
  • Pintu but automatik melalui gerakan kaki di bawah bampar
  • Bumbung panoramik – varian VL
  • Bahagian depan dengan lampu dan gril V-Motion baharu
  • Bahagian belakang dengan bampar dan lampu LED baharu
  • Roda aloi 19 inci – varian 2.5VL 4WD
  • Enam warna iaitu Monarch Orange, Radiant Red, Black Star, Storm White, Brilliant Silver, dan Deep Iris Grey

Berikut pula ialah harga Nissan X-Trail mengikut varian:

  • 2.5S 2WD – 1,350,000 baht (RM 176,199)
  • 2.5V 2WD – 1,460,000 baht (RM 190,634)
  • 2.5 VL 4WD – 1,460,000 baht (RM 216,793)
  • 2.0 V 4WD Hybrid – 1,537,000 baht (RM 200,730)
  • 2.0 VL 4WD Hybrid – 1,617,000 baht (RM 211,072)

*1 THB = RM 0.13

Harga di atas jelas tinggi disebabkan nilai matawang Thailand yang tinggi, tukaran wang asing dan dasar percukaian berbeza dengan negara kita.

Nissan di Thailand memang giat dalam memasarkan model global di antaranya GT-R, SUV Terra dan LEAF.

Termasuk March, tiga model tersebut masih belum didapati di negara kita secara rasmi.

BACA: NISSAN MICRA 2019, CANTIK KAN?

BACA: APABILA NISSAN BUAT KERETA SALJI, JADI ALTIMA-TE AWD

Google ads
Back to top button