Buletin

NISSAN X-TRAIL X-TREMER BAHARU – BERMULA RM141,450

ETCM hari ini melancarkan NISSAN X-Trail X-Tremer baharu, sebuah model avant-garde X-Trail.

X-Trail X-Tremer hadir dalam dua tona warna merah bersama komponen-komponen yang digelapkan. Ini termasuklah bumbung dengan siluet hita, rel bumbung, spoiler belakang, perumah cermin sisi dan rim aloi bersaiz 17 inci berwarna hitam berkilat.

X-Trail X-Tremer juga dipasang dengan pelindung bampar belakang berwarna krom dan tempat duduk dibalut kulit Nappa mewah berwarna hitam yang i sofistikated.

NISSAN X-Trail (model T32) menawarkan pengalaman pemanduan yang luar biasa. Terima kasih kepada teknologi canggih Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi Intelligent Around View Monitor untuk perspektif pandangan 360 darjah bagi menjadikan urusan memarkir dan navigasi lebih mudah.

Intelligent Ride Control pula mengurangkan olengan yang dialami oleh pemandu apabila melalui laluan yang tidak rata dengan cara mengawal kuasa tork enjin dan brek, sekali gus meningkatkan keselesaan. Sistem Intelligent Engine Brake mengubah suai jumlah brek enjin untuk mengurangkan pecutan ketika mengambil selekoh atau berhenti.

Manakala Intelligent Trace Control – ciri pertama pada Nissan – berfungsi mengenakan sedikit tekanan brek ke atas roda-roda untuk mengurangkan masalah understeer.

Intelligent 4×4 System (4×4-i) pula menawarkan pilihan mode tetap 2WD, Auto Mode (mode 2WD dan 4WD) atau Lock Mode (pacuan semua roda sepanjang masa) untuk keseronokan pemanduan dan keselamatan terbaik, walaupun di atas jalan yang tidak sempurna. 

NISSAN X-Trail diiktiraf dengan penarafan 5-bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

X-Trail X-Tremer ditawarkan pada harga RM141,450 (2.0L 2WD) dan RM163,650 (2.5L 4×4-i) serta hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Sementara aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

NISSAN X-TRAIL X-TREMER

2.0L 2WD (RM)

2.5L 4×4-i (RM)

Semenanjung Malaysia

141,450

163,650

Sabah & Sarawak

143,400

165,750

Langkawi

102,200

116,850

Labuan

102,850

117,500

*Harga OTR termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa Insurans

Pemilik sedia ada NISSAN X-Trail (varian Comfort/ Aero Edition/ Premium IMPUL) yang ingin menaik taraf X-Trail masing-masing boleh membeli aksesori-aksesori X-Tremer secara berasingan.

X-Tremer Optional Accessories

Harga alat ganti
(termasuk GST)

Kemasan X-Face hadapan 

RM 700

Pelindung Bampar Belakang Krom

RM 300

TAWARAN HEBAT DAN MEWAH NISSAN

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ETCM menawarkan rakyat Malaysia dengan peluang untuk memenangi sebuah NISSAN Teana 2.5L XV pada setiap bulan mulai Januari hingga Mac 2018, AirAsia Big Points atau perkakasan elektrik premium Hitachi bernilai hampir RM600,000 melalui setiap pembelian sebuah kenderaan NISSAN baharu. 

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati Golden Fortune Bonus Set dengan model-model terpilih NISSAN bersama pilihan penjimatan sehingga RM12,000 atau promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM10,500.

Maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.nissan.com.my atau pandu uji di mana-mana bilik pameran NISSAN di seluruh negara.

Google ads
Back to top button