Buletin

NOSTALGIA JAMES BOND – LOTUS EVORA 410, INSPIRASI DARI “KAPAL SELAM” ESPRIT S1

Masih ingat dengan sekuen filem kepolisan paling popular James Bond? Mungkin ramai antara kita yang terbayangkan kereta-kereta Aston Martin, dalam salji, dengan misil, canggih dan futuristik.

Namun selain Aston Martin, Bond telah mempopularkan Lotus Esprit S1 yang menjadi bintang dalam “The Spy Who Loved Me”. Kebolehannya menyelam dalam laut melarikan diri dari penjahat pada tahun 1977 meletakkannya sebagai kereta filem paling diingati di Eropah.

BACA: LOTUS NAK BUAT SUV KE SEDAN?

Demi mengembalikan nostalgia tersebut Lotus Cars telah menghasilkan replika dengan konsep sama menerusi model Evora. Dikenali dengan nama Evora Sport 410, ia dibuat sempena ulangtahun ke 40 model amphibia tersebut.

Lebih kepada jelmaan kosmetik, Evora Sport 410 ini didatangkan dengan warna putih dan bampar depan kemasan hitam. Bahagian tailgate belakang dikenakan dengan kemasan khusus untuk memberi ilusi bentuk rekaan asal liftback Esprit S1.

Antara perubahan kosmetik yang lain ialah sentuhan dalaman dengan trim tartan, papan instrumentasi dengan salutan Alcantara dan jahitan benang merah. Bagi model ini, hanya 150 unit sahaja akan dihasilkan untuk pasaran.

Evora Sport 410 masih mengekalkan enjinnya tanpa pengubahsuaian tambahan. Dikuasakan oleh enjin 3.5 liter V6 supercharger dengan 410 kuasa kuda dan 310Hm tork.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button