Buletin

OPERASI JPJ DALAM MESEJ WHATSAPP ADALAH PALSU!

Dengan kepesatan teknologi di hujung jari hari ini, semua maklumat dapat diakses dengan pantas dan mudah. Namun, keburukannya, ialah lebih banyak maklumat palsu boleh tersebar, lebih-lebih lagi apabila penerima tidak melakukan pemeriksaan untuk mengesahkannya.

Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuat kenyataan berkali-kali mengenai penyebaran maklumat ini. Antara yang popular ialah perincian mengenai operasi JPJ, saman, sekatan jalanraya dan juga perihal saman tertunggak.

Dalam satu status yang dikemaskini menerusi laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia memberitahu;

“Jabatan Pengangkutan Jalan ingin merujuk kepada mesej berkenaan Operasi JPJ yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. JPJ ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR dan TIDAK PERNAH DIKELUARKAN oleh JPJ serta ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Mesej tersebut adalah seperti di paparan”

Google ads
Back to top button