Buletin

PAGANI LANCAR PERKHIDMATAN RESTORASI RINASCIMENTO

Dikenali sebagai Rinascimento, program itu bermatlamat mengembalikan kegemilangan dan membolehkan kenderaan dibaik pulih ke kondisi asal.

Malah, proses itu melibatkan setiap skru demi memastikan jentera terbabit seperti tidak dimakan usia.

Memandangkan ada di antara Zonda dipandu sejauh lebih 100,000km, maka memang wujud permintaan untuk servis sebegini. Walaupun kos untuk tujuan restorasi adalah sangat mahal.

Pagani mengesahkan bahawa kakitangannya hanya akan membuat satu projek restorasi pada satu-satu masa.

“Para pelanggan sangat bergantung kepada kami kerana hanya Pagani sahaja yang mampu membina semula dan merestorasi jentera Pagani di dunia.

“Kami mahu memberikan keterujaan seperti kali pertama pelanggan menerima kunci kereta masing-masing,” kata pengasas Pagani, Horacio Pagani.

Pagani akan mendokumentasikan setiap peringkat restorasi dengan gambar, lakaran dan data teknikal. Semua maklumat ini akan dimasukkan ke dalam buku Pagani Rinascimento yang juga bertindak sebagai pengesahan kepada pemilik. Dokumentasi ini penting jika mereka mahu menjualnya.

Sehingga kini, Pagani telah menghasilkan 137 unit supercar sejak 25 tahun ia ditubuhkan.

BACA: PAGANI HUAYRA ROADSTER – RM10.7 JUTA, SUDAH HABIS DIJUAL 

Antara model Zonda yang paling menarik ialah HP Barchetta dengan hanya tiga unit dihasilkan. Manakala model terbaharu, Huayra Roadster yang dihasil menggunakan tangan pula cuma ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja.

Google ads
Back to top button