PAKEJ BANTUAN BAJIR TOYOTA DAN LEXUS

SHARE

Dengan keadaan banjir yang semakin pulih terutama di Kelantan dan Terengganu, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) baru-baru ini mengumumkan pakej servis istimewa buat semua pelanggannya. 

Toyota-Lexus-Flood-Assist-Package-mekanika (1)

Pemilik kenderaan Toyota dan Lexus yang terjejas akibat banjir layak untuk menerima diskaun sebanyak 25 peratus untuk bil keseluruhan yang merangkumi kos alat ganti serta buruh.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Bukan itu sahaja, UMW Toyota Motor menawarkan khidmat menunda,  pembersihan enjin dan dalaman kenderaan secara percuma. Penilaian anggaran kos baik pulih juga akan dilakukan dengan pantas.  

Lebih menarik lagi, skim pembayaran mudah ada disediakan untuk pemegang kad kredit bank-bank utama.

Toyota-Lexus-Flood-Assist-Package-mekanika (3)

“Kami harap Pakej Bantuan Banjir Toyota dan Lexus sepanjang tahun ini dapat meringankan beban pelanggan Toyota serta Lexus yang terjejas akibat banjir,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pusat servis milik UMW Toyota Motor atau hubungi talian 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA) atau 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS). 

Share this post

scroll to top