PASARAN SUV MELETUP? TAPI MASERATI LEVANTE TIDAK LAKU SEPERTI YANG DIHARAPKAN

SHARE

Tanya pada siapa sahaja dalam industri automotif, pasaran hari ini adalah tentang kenderaan sukan pelbagai guna atau Sport Utility Vehicle atau SUV. Tak kiralah samada ia perkongsian platform sedan/hatchback, kejadian seperti crossover atau platform fokus terusseperti Porsche menerusi Cayenne dan Macan.

SUV adalah “lubuk duit” bagi semua pegeluar hari ini. Sebab itu juga jenama mewah mula terjun merekabentuk SUV masing-masing kerana teori pasaran memang menunjukkan apa juga produk dalam segmen ini akan berjaya. Apa lagi jika anda pembuat kereta mewah. 

Porsche buktikannya, begitu juga Bentley.

BACA: MASERATI LEVANTE DILANCARKAN. RM788K

Dan pemain terbaru ialah Maserati yang turut memeriahkan pasaran SUV orang ada ada dengan Levante. Dikuasakan dua pilihan enjin V6 twin turbo atau 3.0 liiter disel turbo. 

Rupanya juga menarik dan pakej pengendaliannya juga bagus. Ketika dilancarkan juga, ia menerima puji-pujian yang bukan sedikit. Jadi secara matematiknya, laris sepatutnya.

Tapi nanti dulu.

Selepas dua tahun dalam pasaran, permintaan Levante nampaknya tidak seperti yang diharapkan Maserati. Dengan lambakan model saingan yang lain, Maserati gagal mencapai sasaran jualannya.

SUV ini dikilangkan di fasiliti pengeluaran Maserati di Mirafiori yang terletak di daerah Turin, Itali. Notis sudah dikeluarkan di mana pengeluaran Levante telah dikurangkan. 

Para pekerja sudah menerima notis pengurangan jam bekerja di mana kontrak baru telah dipersetujui bersama. Pemotongan waktu bekerja ini melibatkan 2,080 kakitangan dengan kadar purata 58 peratus pemotongan jadual kerja dari perjanjian asal.

 

 

 

 

 

Share this post

scroll to top