Buletin

PBB PUN IKTIRAF STRATEGI ELEKTRIK VOLVO – SEMUA MODEL BAKAL GUNA TEKNO ELEKTRIK

Nampaknya Volvo Cars bukan sahaja menerajui teknologi keselamatan tetapi kini mahu melangkah jauh dalam bidang nadi kuasa elektrik. Terbaru Volvo Cars telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas usaha elektrifikasi yang inovatif untuk kenderaannya.

Pengiktirafan itu dinyatakan dalam laporan terbaru UN Global Compact, yang merupakan insiatif kelestarian korporat terbesar dunia.

Laporan tersebut yang dilancarkan pada minggu ini di mesyuarat tahunan Global Compact di New York memberi penekanan kepada kemajuan yang telah dicapai ahli Global Compact dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mapan PBB (UN Sustainable Development Goals /SDGs).

Laporan tersebut menyenaraikan sepuluh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang telah mengambil langkah berani dan disruptif. Salah satu CEO yang tersenarai ialah Presiden dan CEO Volvo Cars, Håkan Samuelsson.

Selain itu, Global Compact juga mengiktiraf Volvo Cars sebagai salah satu dari 44 ahli grup LEAD yang merupakan kumpulan paling komited, berwawasan serta banyak terlibat dalam Global Compact. Menariknya, hanya dua pengeluar automotif berada dalam kumpulan LEAD. Volvo juga ialah di antara pengasas Global Compact yang kini mempunyai 9,500 keahlian. 

Di antara sebab kenapa Volvo diperakui ialah kerana misinya yang mahu menjadikan elektrifikasi kenderaan sebagai nadi utama bisnes syarikat pada masa depan seperti yang digariskan pada Julai lalu. Sasaran itu terkandung dalam laporan bertajuk Business Solutions to Sustainable Development.

Dan kenapa Volvo mahu mencapai matlamat tersebut ialah kerana mereka percaya bahawa inilah masa depan Volvo dan bakal menjadikannya lebih kuat.

Berikut ialah ringkasan misi elektrifikasi Volvo:

  • Bermula 2019, kesemua kereta baharu yang dilancarkan Volvo akan mempunyai motor elektrik – Ia sebenarnya adalah permulaaan kepada tamatnya era kereta yang menggunakan enjin pembakaran dalaman tunggal
  • Pengumuman itu turut menjadi contoh apabila pengeluar kereta lain mahu membuat perkara sama
  • Secara spesifik, Volvo Cars akan melancarkan lima kenderaan elektrik (EV) di antara 2019 hingga 2021
  • Tiga model itu dari Volvo manakala baki lagi dua daripada Polestar
  • Selain itu, model-model lain akan dibekalkan nadi kuasa plug-in hybrid (PHEV) dan mild-hybrid dan ia adalah di antara produk terbanyak yang ditawarkan oleh pengeluar kereta

BACA: TAHUKAH ANDA KIA DAN VOLVO PALING BOLEH DIHARAP, BMW DAN AUDI PULA DI BAWAH – J.D. POWER UK 2017

Google ads
Back to top button