PEDROSA UMUMKAN PERSARAANNYA DALAM ARENA MOTOGP

Dani Pedrosa. Kredit Gold dan Goose atau Red Bull Content Pool

SHARE

Dani Pedrosa, pelumba pasukan Repsol Honda secara rasminya mengumumkan persaraannya dalam kancah perlumbaan MotoGP dalam satu sidang media yang diadakan di pusingan German GP petang semalam.

Juara dunia tiga kali itu mengakhiri spekulasi yang berlegar sejak beberapa minggu lepas berkenaan masa hadapannya. Setelah 18 tahun berjuang dalam MotoGP, Pedrosa mengambil keputusan menamatkan kariernya pada tahun ini.

Beliau merupakan antara pelumba yang paling berjaya dalam sejarah. Selain tiga kali menjulang kejuaraan berprestij itu, beliau turut memenangi 54 kejuaraan podium sebelum membuat keputusan menggantung sut perlumbaannya.

“Tahun depan saya takkan berlumba. Saya akan akhiri kerjaya saja pada MotGP tahun ini. Ia keputusan yang telah lama saya fikirkan dan ia sebenarnya sukar.

“Pun begitu, hari ini tidak sama, saya ada perkara yang lebih penting dalam hidup yang perlu didahulukan.

“Sepanjang pembabitan perlumbaan sejak 1999, saya merasakan iini adalah pengalaman paling penting dalam hidup. Apa lagi bila berlumba dengan semangat dari penyokong dan juga bimbingan pasukan yang bagus. Saya telah mencapai kejayaan lebih dari yang saya jangkakan. Saya telah memenuhi impian sejak kecil ketika menonton TV, saya kini sebahagian dari sejarah.

“Saya juga ingin merakamkah jutaan terima kasih kepada Dorna dan Honda kerana memberi peluang selama ini. Begitu juga kepada semua penaja yang telah menyokong sepanjang perjalanan perlumbaan. Terima kasih juga kepada keluarga dan peminat yang memberi inspirasi kepada saya baik di waktu senag mahupun sukar,” ujar beliau.

 

Share this post

scroll to top